Harian Metro

49 badut ceriakan penumpang LRT

-

dan kini berbayar, sudah tentu ada sedikit penurunan daripada jumlah penumpang.

“Namun, kami tetap positif dan percaya jumlah penumpang akan terus meningkat seperti ketika perkhidmat­an percuma diperkenal­kan selama sebulan sebelum ini,” katanya ketika sidang media selepas Program Smiles 4 CAKNE di Stesen KL Sentral, semalam.

Zohari berkata, ketika ini pihaknya tiada sasaran tertentu bagi jumlah penumpang kerana bagi laluan MRT Sungai Buloh ke Kajang masih belum siap sepenuhnya. Kuala Lumpur: Perjalanan penumpang transit aliran ringan (LRT) dari Stesen USJ7 ke KL Sentral diceriakan dengan kehadiran sekumpulan badut daripada Muslim Clown Malaysia, semalam.

Persembaha­n 49 badut itu bagi menceriaka­n penumpang LRT dan mengumpul dana untuk Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (CAKNE PPUKM).

Program Smiles 4 CAKNE itu menyaksika­n kumpulan badut membuat persembaha­n di Stesen LRT USJ dan bergerak ke Stesen KL Sentral dengan kumpulan badut menceriaka­n penumpang dalam tren menerusi aksi spontan melucukan dan memukau penumpang.

Ketika persembaha­n, kutipan derma CAKNE dijalankan bagi menyokong program dan aktiviti persatuan dalam membantu pesakit kanser dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga mereka.

Koordinato­r CAKNE-PPUKM, Mohd Shah Awaluddin berkata, program itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai keperluan membantu pesakit kanser serta keluarga mereka.

“Apabila pesakit dirawat di hospital, keluarga turut sama tinggal di hospital dan kebanyakan adik-beradik pesakit terabai.

“Sebaik saja pesakit kanser dimasukkan ke hospital, kami akan menyediaka­n barang keperluan asas untuk ibu bapa atau penjaga pesakit. Wang yang dikumpulka­n ini akan digunakan untuk membeli barang keperluan serta membantu pesakit kanser yang tidak berkemampu­an,” katanya.

 ?? Datuk Zohari Sulaiman ?? Kami sudah jangkakan penurunan ini kerana biasanya perkhidmat­an percuma dan kini berbayar, sudah tentu ada sedikit penurunan daripada jumlah penumpang”
BADUT daripada Muslim Clown Malaysia meraikan pengunjung di Stesen KL Sentral bagi program santai...
Datuk Zohari Sulaiman Kami sudah jangkakan penurunan ini kerana biasanya perkhidmat­an percuma dan kini berbayar, sudah tentu ada sedikit penurunan daripada jumlah penumpang” BADUT daripada Muslim Clown Malaysia meraikan pengunjung di Stesen KL Sentral bagi program santai...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia