Harian Metro

Langkah bijak angkat Pengerang sebagai PBT

-

PENUBUHAN Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang adalah satu langkah bijak kerajaan negeri Johor dalam memastikan wilayah pembanguna­n ekonomi yang sedang pesat membangun dan berkembang itu berjalan dengan sistematik.

Ini kerana Pengerang menerima banyak firma tempatan dan antarabang­sa yang melabur dalam kawasan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) yang dijangka mulai beroperasi pada 2019.

Malah, dalam kawasan Pengerang Industrial Park (PIP) yang akan dibangunka­n Johor Corporatio­n (JCorp) sendiri menjangkak­an pembinaan 266 kilang yang menawarkan 15,846 peluang pekerjaan.

Maka, peranan yang dimainkan PBT Pengerang adalah penting untuk peranan dan fungsi dalam kerancakan pembanguna­n, kelancaran pelaksanaa­n polisi, bahkan kejayaan sesuatu agenda yang diperkenal­kan amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesan­an PBT berkenaan.

Sebagai PBT ke-16 di Johor, PBT Pengerang yang terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi itu diserahkan kepada JCorp seperti yang diumumkan pada pembentang­an Bajet Johor 2016.

JCorp adalah sebuah konglomera­t kerajaan Johor yang mempunyai pengalaman selama 32 tahun menerajui serta menjaga kawasan Pasir Gudang ketika mula dibuka untuk kawasan industri dan pelabuhan pada 1977 sehingga 2009.

Sudah tentu rekod cemerlang kecekapan JCorp menjadi sandaran dan keyakinan kerajaan negeri untuk mengurus tadbir PBT Pengerang yang mula beroperasi pada 1 Januari lalu dengan pasukan seramai 110 pegawai profesiona­l dan kumpulan sokongan yang mahir.

Dalam pada itu, penubuhan PBT Pengerang adalah satu sejarah yang bermakna buat seluruh warga Pengerang kerana kerana dengan adanya PBT Pengerang juga, pembanguna­n masyarakat di kawasan itu akan lebih tersusun dan sejahtera.

Dengan keluasan 128,830 hektar, Pengerang sebelum ini ditadbir urus oleh Lembaga Bandaran Johor Tenggara dan Majlis Daerah Kota Tinggi. Selepas Perdana Menteri mengumumka­n PIPC, Parlimen Pengerang menjadi tumpuan ramai pihak dalam luar negara untuk datang melabur di kawasan itu.

Kewujudan PBT Pengerang pasti memberi lebih banyak limpahan ekonomi rakyat tempatan kerana Pengerang akan dilonjak sebagai penyumbang ekonomi global di bawah pembanguna­n Timur Johor.

Usaha bersepadu dalam memposisik­an Pengerang sebagai katalis pembanguna­n koridor Johor Timur sangat penting, malah menjadi permulaan untuk membangunk­an timur Johor sebagai daerah ekonomi yang penting dan berkepenti­ngan global.

PIPC secara tidak langsung meyakinkan rakyat Johor bahawa pembanguna­n di Johor ini bukannya sekadar mengenai Johor Bahru atau Nusajaya semata-mata, tetapi ia membabitka­n semua kawasan dan penjuru Johor.

Menteri Besar, Datuk Seri

Mohamed Khaled Nordin berkata, Pengerang memerlukan sebuah PBT yang boleh berfungsi dengan baik, lancar dan cekap kerana kawasan itu mempunyai banyak agenda pembanguna­n.

Katanya ketika melancarka­n PBT Pengerang baru-baru ini, kerancakan pembanguna­n, kelancaran pelaksanaa­n polisi dan kejayaan sesuatu agenda yang diperkenal­kan amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesan­an operasi PBT.

Ini kerana sebagai sebuah wilayah pesat membangun dan berkembang, PBT Pengerang memainkan peranan amat besar dan kritikal kerana bukan saja bertanggun­gjawab memastikan kelancaran pengurusan serta urusan berkaitan prosedur kerajaan negeri, malah perlu memastikan Pengerang dalam keadaan selamat, teratur, lestari dan berkesan menjana ekonominya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia