Harian Metro

Elak suka sumpah anak

- Penulis ialah peguam syarie

Saya ada dua anak perempuan berusia tiga hingga enam tahun. Kanak-kanak pada usia sebegitu memang agak nakal.

Namun, ayahnya suka menyumpah jika mereka buat salah. Saya sangat kecewa. Apakah tindakan yang boleh saya lakukan supaya suami sedar kesilapann­ya itu? Kami kerap bergaduh kerana perkara ini.

Muslimah Kuala Lumpur

Islam turut mempersiap­kan umatnya dengan cara hidup, peradaban dalam membentuk sahsiah dan akhlak terpuji yang dicerminka­n oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Umumnya kita sedia maklum mengenai penentanga­n yang dibuat ke atas diri Baginda sama ada dari segi perbuatan dan kata-kata yang apabila didengari sahabat Baginda tidak ada yang terasa tempias emosi dan kemarahan oleh penghinaan cercaan dan makian yang dihamburka­n kepada seorang Nabi.

Namun, amat mulia peribadi dan pekerti serta contoh yang ditunjukka­n Baginda untuk dicontohi umatnya termasuk kita pada hari ini.

Antara perkara indah yang diajar Islam ialah diperintah­kan menggunaka­n perkataan baik atau sekurang-kurangnya tidak keji dalam ungkapanny­a.

Muslim bukan seorang pencarut atau pencela dengan kalimat yang jelik. Lidah Muslim indah atau selamat daripada kalimat yang tidak senonoh.

Sekiranya dia seorang yang tegas dalam perkataan dan percakapan sewajarnya hendaklah dia menggunaka­n kalimat terpilih, tidak lucah, bukan makian dan hamunan.

Ini yang Anas bin Malik ceritakan: “Bukanlah Nabi SAW itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain.” (Riwayat al-Bukhari)

Mencerca atau memaki orang lain adalah perkara yang tidak baik. Firman Allah dalam surah al-Isra, ayat 53 bermaksud: “Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik, sesungguhn­ya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhn­ya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.”

Jika dalam situasi seseorang sekali dua termaki orang, mungkin dia terlajak atau gagal mengawal emosi disebabkan keadaan tertentu. Namun jika setiap kali bercakap atau sering kali menjadi mainan bibir, maka itu sudah bertentang­an dengan ajaran dan contoh yang ditunjukka­n Nabi SAW.

Bahasa yang baik Allah suka. Kita mungkin ada kelemahan diri, namun jangan kita zahir dalam bahasa yang hodoh dan penuh dengan cacian dan makian. Bahasa yang baik akan dirahmati Tuhan, bahasa yang jelik akan menimbulka­n kekerasan dalam perasaan dan nurani.

Sikap si bapa yang sering memarahi anak sambil menyumpah dan mengeluark­an perkataan

„ Makian lari daripada prinsip keibubapaa­n dianjurkan syarak

kasar dan berbentuk makian sama sekali lari daripada prinsip keibubapaa­n yang dianjurkan oleh syarak. Segeralah si ibu menyedarka­n si bapa mengenai keburukan tindakan seperti itu.

Pelbagai cara boleh digunakan dalam usaha mendidik diri dan pasangan. Antaranya, nasihatkan suami supaya melakukan tip seperti menarik nafas dalam-dalam dan santai serta segera beristighf­ar apabila ingin meninggika­n suara.

Letih juga boleh menjadikan mudah marah. Maka, jangan memaksa diri melakukan kerja rumah. Sebaiknya tidur segera ketika anak tidur.

Berbincang­lah dengan suami berkenaan cara itu. Selain itu, bacalah buku sebagai panduan. Jangan lupa berdoalah kepada

Allah. Insya-Allah, kita tidak akan membiasaka­n diri lagi menyumpah anak ketika marah.

Jangan terlambat kerana sikap dan tindakan sedemikian memberi kesan kepada ahli keluarga, apatah lagi mangsa yang dimarah atau disumpah.

Kita tidak mengetahui waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan dikabulkan. Ketika marah, ingat bahawa Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah, anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita.

Justeru, mari kita cari perkataan yang lebih elok dalam berinterak­si antara kita. Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka. Bukan hanya itu, kita juga dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika kita marah.

Anda ada kemusykila­n, sila e-mel kepada rencana@hmetro.com.my

 ??  ?? ISLAM melarang ibu bapa melaknat anak.
ISLAM melarang ibu bapa melaknat anak.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia