Harian Metro

Islam tidak beza kelas sosial dalam masyarakat

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di UPM

Setiap masyarakat mempunyai keadaaan sosial tersendiri yang dipenuhi pelbagai tradisi, formaliti, nilai serta adat resam berbeza.

Dalam Islam, kemasyarak­atan itu ibarat satu badan yang tidak membezakan kasta atau kelas sosial antara anggota masyarakat­nya.

Setiap anggota masyarakat yang mempunyai kemahiran berbeza hadir untuk bekerjasam­a serta menyelesai­kan konflik dengan penuh berhemah. Masing-masing saling melengkapi dan menjadi lebih baik hasil daripada interaksi dan pertukaran pendapat antara satu sama lain.

Mereka dilarang untuk merendahka­n yang lain kerana dikhuatiri akan menjuruska­n kepada perpecahan dan perbalahan. Perbezaan haruslah ditangani dengan penuh hikmah dan berhemah.

Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 11 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.

“Dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban setengahny­a yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

“(Larangan berkenaan menyebabka­n orang yang melakukann­ya menjadi fasiq, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasiq (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiqnya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

Islam mengambil berat mengenai etika seseorang Muslim dalam berinterak­si antara anggota masyarakat termasuk dengan bukan Muslim.

Hal berkaitan dengan etika dalam berinterak­si dengan bukan Islam ini mungkin menjadi kebimbanga­n ketika seorang Muslim menjadi golongan minoriti dalam masyarakat.

Kadang-kadang sesetengah daripada imigran Muslim cuba untuk mengekalka­n adat dan budaya negara asal mereka dalam usaha mengekalka­n pegangan agama (mengikut kefahaman) mereka. Hal ini disebabkan ketidakupa­yaan mereka dalam membezakan prinsip perpaduan dan kepelbagai­an yang perlu diterapkan seorang Muslim.

Muslim di seluruh dunia pada asasnya bersatu bersandark­an petunjuk daripada al-Quran dan sunah yang mana kedua-dua ini adalah prinsip asas kepada syariat Islam.

Pada kebiasaann­ya, sarjana Muslim menggubal hukum-hakam berdasarka­n dua sumber utama ini serta mengikut keadaan setempat.

Hal ini boleh dilihat ketika Imam Syafie berhijrah dari Iraq ke Mesir. Fatwa serta hukum syariah yang dikeluarka­n Imam Syafie ketika berada di Iraq adalah berbeza dengan waktu beliau berada di Mesir.

Dari sini boleh kita lihat fleksibili­ti dalam Islam bagi memudahkan umatnya yang mana hukum fiqah itu ada yang boleh berubah mengikut tempat serta budaya atau adat (uruf) sesuatu masyarakat.

Bagaimanap­un, perkara ini harus mengikut garis panduan al-Quran dan sunah serta tatacara ilmu yang telah ditetapkan oleh ilmuan terdahulu.

Masyarakat Muslim di seluruh pelosok dunia perlu lebih bijak membawa diri dan melakukan asimilasi di tempat mereka supaya tidak timbul isu serta pada masa yang sama mampu menunjukka­n keindahan Islam kepada anggota masyarakat yang lain.

Akhirnya masyarakat bukan Muslim tertarik dengan keindahan dan kecantikan Islam dan cuba memahami Islam dengan lebih dekat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia