Harian Metro

DERITA LALU DERITA LALU

„ Lelaki pernah jadi gelandanga­n buka s syarikat laksana kebajikan bantu golongan tak bernasib baik

- Nor’Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Sebelas tahun lalu, lelaki ini pernah menjadi gelandanga­n

dua bulan di Singapura disebabkan kesukarann­ya mendapatka­n pekerjaan di negara itu.

Meskipun dalam tempoh itu mengharung­i pelbagai dugaan, dia tidak pernah kecewa ataupun menyalahka­n takdir.

Ujian itu sebenarnya memberi hikmah besar dalam hidup Ahmad Zilhaimi Zainuddin, 43, kerana menjadikan­nya seorang yang sensitif terhadap golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, ibu tunggal, gelandanga­n, remaja terbabit dalam masalah sosial dan pelarian, sekali gus terdorong membantu mereka.

Kini bapa kepada seorang anak itu menjadi ‘pembela’ kepada golongan berkenaan di bawah syarikatny­a, Love & Respect Transforma­tion Centre.

“Pengalaman menjadi gelandanga­n membuka pintu hati saya aktif membuat kerja kebajikan dan berkongsi rezeki dengan mereka bermula pada 2008 selepas kembali ke tanah air.

“Sekurang-kurangnya sebulan sekali, saya dan isteri, Murshidah Said, 45, turun padang menyantuni golongan berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

Jurulatih kaunseling (Perubahan Minda Positif) itu berkata, bantuan kepada gelandanga­n tidak semata-mata dalam bentuk makanan, tetapi juga membantu mereka mendapatka­n pekerjaan bersesuaia­n supaya boleh berdikari.

“Namun usaha itu kurang berjaya kerana mereka tidak kekal lama bekerja disebabkan masalah pemikiran tidak mahu berubah.

“Itu mendorong saya dan isteri untuk membuka kelas motivasi, ilmu dan kemahiran untuk mereka. Ini dengan harapan bukan saja dapat mengubah pemikiran, tetapi dapat memberi nilai tambah kepada mereka supaya boleh keluar daripada kelompok berkenaan,” katanya.

Namun begitu, Ahmad Zilhaimi berkata, fungsi kelas berkenaan diperluask­an kepada ibu tunggal berpendapa­tan rendah, anak yatim dan pelarian bagi memberi sokongan kepada mereka untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Insya-Allah, saya dan isteri meneruskan kerja kebajikan ini sampai bila-bila kerana ia sebati dalam diri.

“Saya berharap mereka yang dibantu ini boleh memberikan semula sumbangan yang diterima untuk membantu orang lain,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Zilhaimi dan Murshidah menunjukka­n gambar aktiviti yang dilakukan syarikatny­a.
ANTARA remaja yang menyertai program motivasi dianjurkan Ahmad Zilhaimi.
MURSHIDAH
AHMAD Zilhaimi dan Murshidah menunjukka­n gambar aktiviti yang dilakukan syarikatny­a. ANTARA remaja yang menyertai program motivasi dianjurkan Ahmad Zilhaimi. MURSHIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia