Harian Metro

‘Cari alternatif lebih sesuai...’

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Kerajaan perlu memikirkan alternatif lebih bersesuaia­n supaya tidak menjejaska­n pendapatan pengguna motosikal berkuasa rendah atau kapcai yang kebanyakan­nya berpendapa­tan rendah serta golongan yang bekerja dalam industri khidmat menghantar barang atau surat.

Pengasas Dego Ride atau teksi motor Nabil Feisal Bamadhaj berkata, cadangan melarang kapcai memasuki pusat bandar Kuala Lumpur disambut baik sekiranya memberikan impak positif, tetapi kerajaan perlu mengkaji lebih mendalam impak dan dapatan kajian secara keseluruha­n.

“Saya menyokong sekiranya dapatan kajian itu tepat dan kukuh menunjukka­n kapcai mampu mengurangk­an pencemaran dan kadar jenayah ragut. Tetapi banyak perkara akan turut mempengaru­hi dan kelulusan cadangan ini termasuk adakah kerajaan bersedia membantu menyediaka­n alternatif menggantik­an motor kapcai sedia ada bagi mereka yang menggunaka­n kenderaan ini sebagai mata pencarian mereka.

“Memang ada motosikal menggunaka­n teknologi mesra alam, tetapi harganya sudah tentu dua tiga kali jauh lebih mahal berbanding motosikal sedia ada,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Rozee Jalulidin, 39, berkata, larangan berkenaan dianggap tidak relevan kerana kebanyakan motosikal berkuasa rendah pada masa ini dilengkapi teknologi enjin empat lejang yang lebih menjimatka­n petrol dan mengurangk­an pelepasan asap karbon dioksida (CO2).

“Setahu saya kebanyakan orang sudah banyak berubah penggunaan kepada enjin empat lejang berbanding dua lejang yang tidak begitu mesra alam.

“Jadi tak timbul isu pencemaran berbanding lori yang memang penyumbang pencemaran,” katanya. Sementara itu, Khairul Ismail, 34, dari Gombak berkata, cadangan berkenaan dirasakan tidak sesuai dan tidak wajar dilaksanak­an kerana boleh menjejaska­n mata pencarian pekerja khidmat penghantar cepat sepertinya.

“Lebih 70 peratus destinasi penghantar­an saya adalah sekitar pusat bandar Kuala Lumpur seperti bank, mahkamah, bangunan kerajaan serta hotel. Setiap hari saya perlu memasuki pusat bandar dalam 20 kali trip,” katanya.

 ??  ?? MOTOSIKAL kini dilengkapi enjin jimat minyak berbanding dulu.
MOTOSIKAL kini dilengkapi enjin jimat minyak berbanding dulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia