Harian Metro

Dalam pangkuan abang

„ Adik maut motosikal dirempuh kereta depan mata

- Zairee Mohd Yasak am@hmetro.com.my

Kami berhenti kerana ketika itu lampu merah dan saya sempat bersembang dengan adik”

Norsalihin Md Taha

“Apa boleh buat, saya hanya mampu lihat motosikal ditunggang adik berlanggar dengan kereta dari arah bertentang­an.

“Dia yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” kata Norsalihin Md Taha, 23, abang kepada Safuan Amirin, 16, yang maut dalam kemalangan, semalam.

Dalam kemalangan di persimpang­an lampu isyarat Bachang, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin, di sini, pada jam 2.45 petang, motosikal Modenas Kriss MR1 ditunggang mangsa berlanggar dengan Volkswagen Jetta yang datang dari arah Cheng.

Norsalihin berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pasir Puteh, Bachang selepas mengisi petrol di sebuah stesen minyak berhampira­n Melaka Sentral.

Namun, secara kebetulan dia terserempa­k dengan arwah adiknya itu yang juga dalam perjalanan pulang ke rumah ketika berhenti di persimpang­an lampu isyarat berkenaan.

“Kami berhenti kerana ketika itu lampu merah dan saya sempat bersembang dengan adik. Ketika itu arwah memberitah­u dia baru sahaja pulang dari rumah nenek kami di Duyong.

“Selesai sahaja berbual, arwah tiba-tiba terus memecut motosikal ditunggang sebelum bertembung Volkswagen Jetta itu,” katanya.

Menurutnya, arwah kemudian terjatuh di atas jalan raya dan dia terus memangku mangsa yang ketika itu dalam keadaan separuh sedar sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaa­n tidak lama kemudian.

“Saya pangku arwah kira-kira lima minit. Seorang lagi adik yang dihubungi sejurus kejadian juga sempat tiba sebelum arwah disahkan meninggal dunia,” katanya.

 ??  ?? MOTOSIKAL ditunggang mangsa rosak teruk. KEADAAN kereta yang terbabit nahas.
MOTOSIKAL ditunggang mangsa rosak teruk. KEADAAN kereta yang terbabit nahas.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli keluarga mangsa yang ditemui di Hospital Melaka.
SEBAHAGIAN ahli keluarga mangsa yang ditemui di Hospital Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia