Harian Metro

Mahu mengaku salah sejak awal bicara

-

Kuala Lumpur: Bekas tertuduh kedua dalam kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais memberitah­u Mahkamah Tinggi, semalam, dia berhasrat mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan sejak awal perbicaraa­n kes.

G Gunasekara­n, 49, yang kini menjadi saksi pendakwaan ke-54, berkata, dia memaklumka­n kepada peguamnya ketika itu untuk mendapatka­n pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 201, Kanun Keseksaan iaitu menyembuny­ikan mayat dan kereta Kevin.

“Saya yang minta dari awal lagi untuk dapatkan pertuduhan pilihan itu. Saya maklumkan kepada peguam Rajehgopal dan kemudian pada peguam baru S Ramesh,” katanya ketika menjawab pemeriksaa­n balas peguam bela Datuk N Sivanantha­n pada perbicaraa­n kes enam lelaki yang didakwa membunuh Kevin.

Gunasekara­n dipanggil menjadi saksi kes terbabit selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan menyembuny­ikan mayat dan kereta Kevin.

Berikutan itu, pada 20 Disember lalu, dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 15 September 2015 sebelum dibebaskan pada 15 Januari lalu selepas selesai menjalani hukuman.

Ketika menjawab soalan peguam bela Datuk N Sivanantha­n sama ada beliau menerima fakta kes sebelum mengaku bersalah, Gunasekara­n berkata, pihak pendakwaan ada memberi fakta kes.

“Beberapa bulan sebelum menukar pengakuan, pihak pendakwaan berbincang dengan saya untuk mengurangk­an hukuman.

“Saya menerima pertuduhan pilihan itu kerana mahu dikeluarka­n daripada pertuduhan serius (iaitu pertuduhan asal) mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan,” katanya.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia