Harian Metro

KERJASAMA AWAM-SWASTA

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Kerajaan akan melancarka­n Hab Digital Malaysia untuk komuniti syarikat pemula, Mac depan yang dijangka disempurna­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pengumuman rasmi akan dibuat pada Forum Transforma­si Global (GTF) yang dijangka dihadiri bilionaire e-dagang dan pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma serta pelari terpantas dunia dari Jamaica, Usain Bolt.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an anugerah kepada peserta ‘Program Coach and Grow (CGP)’ di sini, semalam.

Menurutnya, CGP yang khusus melatih usahawan syarikat pemula berjaya meraih perolehan terkumpul RM1.27 bilion sejak ia dimulakan pada 2011.

Program itu adalah kerjasama awamswasta antara Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) dan rakan industriny­a, Proficeo yang dijalankan bagi melatih syarikat tempatan meningkatk­an keupayaan mereka ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, program berkenaan kini memasuki musim ketiga dan ia tidak terhad kepada industri tertentu.

“Saya

dimaklumka­n program ini berjaya membantu syarikat tempatan yang menjalanka­n perniagaan menggunaka­n platform teknologi untuk berkembang hingga ke pasaran eksport.

“Malah, daripada jumlah dicatatkan, sekitar RM148.2 juta diperoleh daripada hasil eksport yang dihasilkan syarikat yang menyertai program ini dan berjaya menembusi 92 pasaran,” katanya.

Katanya, berikutan impak positif daripada alumni program itu, kerajaan memperuntu­kkan RM4 juta bagi CGP tahun ini yang dijangka dapat digunakan untuk melatih lebih banyak syarikat teknologi tempatan.

“Sejak dimulakan enam tahun lalu, ia berjaya membantu 366 syarikat dan 1,235 usahawan, malah sehingga kini, jumlah dana yang berjaya diperoleh peserta CGP sebanyak RM321 juta dengan 50 peratus daripadany­a adalah hasil dana swasta,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan mengadakan lebih banyak program seumpama ini berikutan 2017 adalah tahun untuk syarikat pemula.

“Kami bekerjasam­a dengan pelbagai agensi yang mempunyai peruntukan masing-masing bagi melatih lebih ramai usahawan khususnya golongan muda. Banyak dana ditawarkan, namun ia bergantung kepada keupayaan syarikat untuk membuktika­n kebolehpas­aran syarikat masing-masing,” katanya.

 ??  ?? DR Mohd Irwan Serigar (tengah) bersama penerima anugerah CGP di Auditorium Institut Pengurusan dan Pemantauan Penyelidik­an, Universiti Malaya, semalam.
DR Mohd Irwan Serigar (tengah) bersama penerima anugerah CGP di Auditorium Institut Pengurusan dan Pemantauan Penyelidik­an, Universiti Malaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia