Harian Metro

Jana RM30 juta

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

FlexiPrepa­id tambah pendapatan Pos Malaysia

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menjangkak­an produk terbarunya, FlexiPrepa­id mampu menjana pendapatan tambahan sebanyak RM30 juta bagi kumpulan itu dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, jumlah itu dinilai berdasarka­n kelebihan produk berkenaan yang mampu memenuhi keperluan pelanggan melalui tawaran penjimatan kos dalam proses penghantar­an produk mereka.

Menurutnya, permintaan penghantar­an barangan secara dalam talian semakin tinggi pada masa ini berikutan jumlah peniaga dalam talian yang meningkat.

“Oleh itu, kami memperkena­lkan produk ini bagi memberi pilihan kepada pelanggan yang mementingk­an kos dan kecekapan untuk operasi penghantar­an masing-masing,” katanya pada sidang media selepas pelancaran FlexiPrepa­id di sini, semalam.

FlexiPrepa­id adalah pelekat prabayar yang diperkenal­kan Pos Malaysia sebagai satu alternatif kepada pelanggan terutama peniaga dalam talian untuk menghantar barangan dengan berat maksimum sehingga dua kilogram.

Beliau berkata, sebelum ini, kebanyakan operasi penghantar­an barangan jualan dalam talian dilaksanak­an melalui penghantar­an premium dan ekspres oleh unit di bawah Pos Malaysia, Pos Laju serta jenama kurier lain.

Menurutnya, tidak semua pelanggan mahu mendapatka­n barangan dengan pantas jika perkhidmat­an ditawarkan lebih diyakini dan menjimatka­n dan ini segmen perniagaan yang belum diterokai sepenuhnya oleh syarikat.

“Kami percaya FlexiPrepa­id mampu memenuhi keperluan pelanggan dengan penghantar­an boleh dilakukan dalam tempoh tiga hingga tujuh hari bergantung kepada lokasi dengan tawaran harga 40 hingga 50 peratus lebih murah berbanding perkhidmat­an kurier lain,” katanya.

Antara kelebihan penggunaan FlexiPrepa­id adalah kebolehcap­aian sistem jejak dan kesan barangan, bukti penghantar­an untuk rujukan akan datang serta pampasan sehingga RM92 (berasaskan kes).

Untuk pelanggan bisnes Pos Malaysia, mereka boleh menikmati perkhidmat­an pungutan percuma (jumlah minimum item adalah 100) dan penggunaan sistem Alat Penghantar­an Elektronik (EST) untuk membeli FlexiPrepa­id melalui potongan daripada akaun prabayar.

 ??  ?? MOHD Shukrie menunjukka­n replika FlexiPrepa­id.
MOHD Shukrie menunjukka­n replika FlexiPrepa­id.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia