Harian Metro

BAWA TULANG MENGEMBARA

- Agensi

Pesakit kanser guna kaki yang dipotong untuk rakam gambar lucu

Seorang wanita yang kehilangan kaki kanannya akibat kanser kini menjadi terkenal di Instagram apabila sering bergambar dengan tulang kakinya ketika melancong.

Kristi Loyall, 25, disahkan menghidap sejenis kanser di kaki kanannya dan terpaksa memotong anggota badan itu untuk menyelamat­kan nyawanya.

Walaupun kecewa dengan nasibnya tetapi Kristi tetap tabah dan dia meminta untuk menyimpan kakinya selepas anggota itu dipotong.

“Beberapa minggu selepas pembedahan itu saya datang ke hospital untuk mengambil bahagian kaki kanan saya yang dipotong.

“Saya mahu melakukan sesuatu yang melucukan dengan kaki itu walaupun ibu saya membantah dan berkata ia sangat menjijikka­n,” katanya.

Menurutnya, dia bawa kakinya ke pakar osteologi untuk dibersihka­n sebelum tulang anggota badannya itu disambung semula.

Sejak itu dia bergambar atau merakamkan gambar tulang kakinya itu dan memuat naik di laman Instagram miliknya, @onefootwan­der.

Tulang kaki itu disimpan di dalam kotak kasut yang dibawanya ke mana sahaja dia pergi dan Kristi akan merakamkan gambar apabila dia mendapat idea yang melucukan.

Akaun Instagram Kristi itu kini mempunyai lebih 12,000 pengikut sejak dia mengembara dengan tulang kakinya 14 minggu lalu.

“Ini adalah satu cara untuk membuat orang ketawa dengan situasi saya dan ia juga membuatkan saya ketawa.

“Saya tiada wang untuk selalu pergi mengembara, jadi saya membawa tulang kaki ini ke mana sahaja saya pergi dan merakamkan gambar apabila ada idea yang melucukan muncul,” jelasnya.

 ??  ?? KRISTI bergambar bersama tulang kakinya. - Agensi ANTARA gambar lucu yang dimuat naik oleh
Kristi di dalam Instagram. - Agensi
KRISTI bergambar bersama tulang kakinya. - Agensi ANTARA gambar lucu yang dimuat naik oleh Kristi di dalam Instagram. - Agensi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia