Harian Metro

Polis siasat Habib Rizieq

-

Polis Indonesia menyiasat pemimpin dan pengasas Barisan Pembela Islam (FPI), Habib Rizieq kerana dituduh menghina rukun negara itu.

“Kami sudah memulakan siasatan rasmi dan mungkin menamakan Habib sebagai suspek tidak lama lagi,” kata jurucakap polis wilayah Jawa Barat, Yusri Yunus.

Polis Jawa Barat menyoal siasat Habib yang dituduh membuat kenyataan pada 2014 yang menghina bapa kemerdekaa­n Indonesia, Sukarno dan mempersoal­kan rukun negara itu yang dikenali sebagai Pancasila.

Sekiranya didapati bersalah, Habib mungkin dihukum penjara empat tahun. Bagaimanap­un, Habib menafikan melakukan sebarang kesalahan.

Dalam kes berasingan, pihak berkuasa juga bakal menyiasat Habib dan FPI kerana menghina simbol negara selepas imej bendera Indonesia yang diconteng dengan lambang pedang dan tulisan Arab tersebar di media sosial.

Beberapa gambar dan video menunjukka­n bendera Indonesia diconteng dengan lambang berkenaan ketika ribuan anggota FPI berhimpun di Jakarta baru-baru ini bagi mendesak ketua polis Jawa Barat dipecat.

“Bendera Indonesia perlu dihormati apatah lagi diconteng dengan tulisan dan simbol tertentu.

“Kami akan menyiasat kes ini, siapa yang merancang, melakukan dan penganjur,

Dituduh hina Pancasila, tidak hormat bendera Indonesia Kami akan menyiasat kes ini, siapa yang merancang, melakukan dan penganjur, semuanya akan dipanggil”

Tito Karnavian

semuanya akan dipanggil,” kata Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian.

Habib dan FPI adalah kumpulan yang beberapa kali mengadakan perhimpuna­n besar-besaran, termasuk untuk mendesak Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama dipenjara kerana menghina agama Islam.

Kumpulan itu merancang mengadakan satu lagi perhimpuna­n membantah Basuki atau dikenali sebagai Ahok pada 11 Februari ini, iaitu sehari sebelum pilihan raya gabenor Jakarta.

 ??  ?? GAMBAR fail, ribuan anggota FPI yang berarak ke ibu pejabat Polis Nasional di Jakarta pada Isnin lalu bagi mendesak ketua polis Jawa
Barat dipecat. - Antara News
GAMBAR fail, ribuan anggota FPI yang berarak ke ibu pejabat Polis Nasional di Jakarta pada Isnin lalu bagi mendesak ketua polis Jawa Barat dipecat. - Antara News
 ??  ?? HABIB Rizieq
HABIB Rizieq

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia