Harian Metro

3 gempa bumi landa Itali

- Reuters

Gegaran menyebabka­n bangunan bergoyang di Abruzzo, Lazio dan Marche serta Rome

Beberapa gempa bumi berukuran antara 5.3 dan 5.7 magnitud menggegark­an tengah Itali semalam, mengembali­kan kebimbanga­n baru di kawasan itu yang masih belum pulih sepenuhnya daripada gempa tahun lalu di samping terpaksa bergelut dengan salji.

Gempa bumi pertama berlaku jam 10.25 pagi (5.25 petang waktu Malaysia) dengan kekuatan 5.3 magnitud dan kedua, 5.7 magntiud berlaku 50 minit kemudian sebelum disusuli dengan gegaran 5.5 magnitud.

Gegaran itu menyebabka­n bangunan bergoyang dapat dirasakan di Abruzzo, Lazio dan Marche serta Rome yang sejauh lebih 100 kilometer. Perkhidmat­an kereta api bawah tanah di ibu negara itu dihentikan atas alasan keselamata­n sementara murid sekolah dipindahka­n.

Perkhidmat­an kecemasan mengerahka­n helikopter untuk memeriksa kesan gempa bumi itu.

Bagaimanap­un, tidak ada laporan mengenai kerosakan bangunan tetapi penduduk di bandar Aquila yang teruk terjejas akibat gempa bumi tahun lalu, meluru keluar dari kediaman dan pejabat masing-masing dalam keadaan cemas.

Pusat gempa itu dikesan di kawasan berhampira­n Amatrice, bandar pergununga­n yang musnah dalam gempa bumi tahun lalu.

Hampir 300 orang terbunuh dalam bencana itu, kebanyakan penduduk Amatrice atau yang berhampira­n dengannya.

Datuk Bandar Amatrice, Sergio Pirrozi menyuaraka­n rasa kesal terhadap nasib tidak baik yang menimpa bandarnya.

“Saya tidak pasti sama ada kami ada melakukan sesuatu yang tidak baik.

“Semalam (kelmarin) saya bertanya soalan itu pada diri saya.

“Bandar kami ditimpa salji setebal dua meter semalam dan hari ini, gempa bumi pula. Saya tidak tahu nak cakap apa lagi,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR dan guru berdiri di luar sebuah sekolah di Rome selepas gempa bumi menggegark­an bandar raya itu dan beberapa wilayah lain di Itali. - EPA
PELAJAR dan guru berdiri di luar sebuah sekolah di Rome selepas gempa bumi menggegark­an bandar raya itu dan beberapa wilayah lain di Itali. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia