Harian Metro

Silap bom, 52 terbunuh

- Agensi

Pesawat tentera udara Nigeria tersilap mengebom sebuah kem pelarian, menyebabka­n sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh dan 120 lagi cedera.

Jurucakap kumpulan kebajikan perubatan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata demikian selepas tentera Nigeria mengaku kesilapann­ya dengan alasan ia menyangka pelarian itu militan Boko Haram.

MSF berkata, serangan berlaku di Rann di negeri Borno yang menjadi pusat kegiatan Boko Haram sejak tujuh tahun lalu.

Komander tentera wilayah, Jeneral Lucky Irabor berkata, adalah terlalu awal untuk menentukan punca kejadian.

Bercakap kepada wartawan, Irabor berkata, sejumlah orang awam terbunuh dan ada pekerja kemanusiaa­n dari MSF dan Palang Merah Antarabang­sa (ICRC) cedera.

“Sekurang-kurangnya 52 orang mati dan 120 cedera. Pasukan perubatan kami di kawasan berkenaan membantu merawat mangsa yang cedera,” kata jurucakap MSF, Tim Shenk.

Seorang jurucakap ICRC pula memberitah­u, enam anggota Palang Merah Nigeria antara yang terbunuh dan 13 lagi cedera.

Kumpulan Boko Haram membunuh lebih 15,000 orang dan memaksa dua juta penduduk meninggalk­an kediaman masing-masing sejak kebangkita­n mereka pada 2010.

Jurucakap Presiden Muhammad Buhari, Femi Adesina berkata, pemimpin itu kesal dengan apa yang berlaku dan berikrar akan membantu kerajaan negeri menanganin­ya.

Serangan udara itu adalah sebahagian daripada operasi tentera Nigeria sejak beberapa minggu lalu untuk menawan kawasan yang dikuasai Boko Haram.

Pejabat presiden juga berkata, serangan itu berlaku ketika fasa akhir kerja untuk menghapusk­an Boko Haram di timur laut negara itu.

Pesawat tentera Nigeria sangka pelarian militan Boko Haram

 ??  ?? PELARIAN berdiri berhampira­n kem mereka yang musnah akibat dibom pesawat tentera udara Nigeria. - AFP
PELARIAN berdiri berhampira­n kem mereka yang musnah akibat dibom pesawat tentera udara Nigeria. - AFP
 ??  ?? MAYAT mangsa ditutup dengan selimut. - AFP
MAYAT mangsa ditutup dengan selimut. - AFP
 ??  ?? SEORANG lelaki mengangkat kanak-kanak yang cedera dalam kejadian itu. - AFP
SEORANG lelaki mengangkat kanak-kanak yang cedera dalam kejadian itu. - AFP
 ??  ?? KEM yang menjadi sasaran serangan tentera Nigeria ini semalam menempatka­n pelarian yang melarikan diri dari kekejaman Boko Haram. - AP
KEM yang menjadi sasaran serangan tentera Nigeria ini semalam menempatka­n pelarian yang melarikan diri dari kekejaman Boko Haram. - AP
 ??  ?? SEORANG kanak-kanak yang cedera menunggu bantuan perubatan. - AP
SEORANG kanak-kanak yang cedera menunggu bantuan perubatan. - AP
 ??  ?? PETA tempat kejadian berlaku.
PETA tempat kejadian berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia