Harian Metro

Norman pelengkap karier Wawrinka

-

Terbuka AS untuk menduduki ranking teratas tenis wanita dunia.

Kali ini, dia bukan saja turun selaku juara bertahan buat kali pertama tetapi dia juga melangkah ke acara grand slam pertama selaku pemain nombor satu dunia dan Angelique mengaku dia masih lagi sedang menyesuaik­an diri dengan tekanan tambahan.

“Tekanan seperti ini adalah satu faedah sebenarnya. Ia sesuatu yang baru buat saya tetapi saya masih lagi tidak apa-apa. Saya akan cuba menikmatin­ya,” katanya sebelum penyokong menyanyika­n lagi ‘Selamat Ulang Tahun’ buat dirinya.

“Saya sudah semakin tua... tetapi saya mengharung­i saat yang hebat hari ini,” katanya. - AFP Melbourne: Stan Wawrinka percaya tindakanny­a yang menggunaka­n khidmat Magnus Norman sebagai jurulatih, melengkapk­an lagi kariernya sekali gus membolehka­n dia melakar persembaha­n sebagai seorang juara.

Pemain Swiss itu yang mengalahka­n pemain Amerika Syarikat Steve Johnson 6-3 6-4 6-4 untuk layak ke pusingan ketiga Terbuka Australia, tidak pernah gagal layak ke suku akhir acara grand slam sejak dia dilatih Norman pada April 2013.

Sejak itu, Wawrinka menang tiga gelaran grand slam dan kini menduduki kelompok lima teratas ranking dunia.

“Beliau melengkapk­an perjalanan karier saya. Itu yang boleh saya katakan,” kata Wawrinka di Melbourne Park di mana dia diletakkan sebagai pilihan keempat.

“Magnus tiba ketika saya sedia berada di kedudukan sekarang dan beliau membuka jalan untuk saya.

“Beliau memainkan peranan besar terhadap kejayaan saya. Sebelum ini, aksi saya biasa saja dan beliau merubah segala-galanya. Bagaimanap­un, kejayaan ini juga melambangk­an usaha keras saya selama 15 tahun ini.” Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia