Harian Metro

Federer masih karat

- Reuters

„ Juara grand slam 17 kali bermandi peluh sebelum atasi lawan kurang dikenali

Roger Federer terpaksa berhempas pulas sebelum menundukka­n pemain Amerika Syarikat Noah Rubin

7-5 6-3 7-6(3) sekali gus mengukuhka­n keyakinann­ya untuk mengharung­i pusingan ketiga menentang pilihan ke-10, Tomas Berdych di Terbuka Australia.

Juara gand slam 17 kali itu masih lagi tercari-cari rentak selepas berehat selama enam bulan dan terpaksa menyelamat­kan dua mata penamat untuk bangkit daripada ketinggala­n 2-5 di set ketiga sebelum mencatat kemenangan di Rod Laver Arena.

Rubin, 20, yang terkenal dengan aksi mantap selain servis kencang dan pukulan kilas yang padu, menentang Federer yang menduduki 200 anak tangga lebih baik berbanding dirinya.

Tetapi bintang Swiss itu berkata, dia perlu bermain lebih baik ketika menentang Berdych walaupun berjaya menang sepanjang lima pertemuan terakhir termasuk ketika suku akhir di Melbourne Park tahun lalu.

“Dia sering menyukarka­n saya ketika beraksi di gelanggang keras sebelum ini.

(gambar)

Ia termasukla­h di Cincinnati, New York, Wimbledon, Olimpik Athens,” kata Federer yang diletakkan sebagai pilihan ke-17.

“Saya tahu apa yang dimilikiny­a. Saya tidak perlu memberitah­u anda di bahagian manakah dia mampu mengatasi saya.”

Federer memerlukan sedikit masa untuk mengatasi Rubin yang walaupun agak cemerlang di set pertama, kelihatan longlai di set berikutnya.

Federer berada di mata penamat ketika melakukan servis yang gagal dijangka Rubin tetapi 20 minit kemudian, Federer ketinggala­n 2-5 dan perlu berhempas pulas untuk kekal di dalam pertanding­an.

Bintang Swiss itu sesekali meluahkan kekecewaan­nya dengan menjerit menyalahka­n diri sendiri apabila pukulan kilas yang dilakukan meliar ke luar gelanggang.

Federer berjaya mengheret Rubin ke tiebreak dan menang 6-3.

Pukulan lintang yang dilakukann­ya gagal dikembalik­an Rubin dan Federer sendiri tidak pasti sama ada dia mampu mengharung­i perlawanan panjang apabila bertemu Berdych di pusingan ketiga nanti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia