Harian Metro

‘Kenapa tak periksa sebulan awal?’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang PKNS FC Safee Sali mempersoal­kan tindakan pengelola liga tempatan Usahasama

Liabiliti Terhad

Bolasepak Malaysia (FMLLP) lambat membuat pemeriksaa­n ke atas stadium untuk saingan Liga-M.

Katanya, kegagalan pasukan PKNS FC menggunaka­n

Stadium Shah

Alam di sebelah malam gara-gara lampu limpah yang tidak mencapai piawaian 1,500 lux seperti mana ditetapkan penganjur mampu dielakkan sekiranya pemeriksaa­n itu dijalankan lebih awal.

“Kenapa tidak melakukan pemeriksaa­n sebulan lebih awal? Pemeriksaa­n itu sepatutnya boleh dilakukan lebih awal dan keputusan saat akhir ini boleh menjejaska­n perancanga­n pasukan.

“Saya kecewa dengan permulaan musim sebegini. Mungkin ada yang tidak kena dengan FMLLP. Dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan pengurusan stadium atau pengurusan pasukan. “Bermain pada sebelah petang nampak begitu tidak sesuai kerana akan bermain tanpa penyokong tapi jika itu terjadi, kami perlu bersedia untuk keputusan yang lebih positif,” katanya kepada Arena Metro. Sebelum ini, skuad Semut Merah itu terpaksa mendapatka­n venue lain selepas Stadium Shah Alam disahkan tidak mencapai tahap kecerahan lampu ditetapkan FMLLP dan akan ditutup sehingga hujung Mac ini.

Venue yang berada dalam radar PKNS untuk kegunaan sementara pada sebelah malam ketika ini adalah Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan Stadium MBPJ.

Bekas penyerang kelab Pelita Jaya dalam Liga Indonesia itu juga tidak menganggap dirinya sebagai bintang dan menegaskan kejayaan berpasukan menjadi matlamat utamanya musim ini.

“Bola sepak memerlukan usaha secara berpasukan dan rakan sepasukan menghormat­i saya atas dasar pengalaman yang luas.

“Selepas mencapai pelbagai kejayaan bersama pasukan lain, kali ini saya berhasrat mahu melakar kejayaan bersama PKNS untuk dihadiahka­n kepada mereka yang memberi peluang kepada saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia