Harian Metro

LANGGAR PERATURAN

- Firdaus Hashim sukan@hmetro.com.my

„ Jika calon proksi jadi Presiden FAM

“Jangan malukan bola sepak negara dengan meletakkan calon proksi.” Itu pandangan Tan Sri Annuar Musa mengenai cadangan untuk meletakkan calon proksi bagi merebut kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada sesi pemilihan baharu badan induk itu 25 Mac ini.

Menurut bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu, isu FAM ditadbir secara proksi yang pernah dibangkitk­an Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) sebelum ini jelas melanggar statut FAM yang wajib diuruskan secara dalaman tanpa campur tangan pihak luar.

“Saya tak setuju orang luar langsung nak duduk situ (kerusi Presiden FAM). Apatah lagi sebut nak letakkan proksi di situ sama sekali melanggar peraturan FAM.

“Malu kita kepada dunia bola sepak kerana sesiapa yang jadi presiden beliau sudah termaktub dalam peraturan sedia ada. Misalnya, dalam statut menyatakan presiden

(gambar)

juga adalah pengerusi jawatankua­sa pasukan bola sepak kebangsaan bertanggun­gjawab ke atas pasukan itu.

“Tapi tiba-tiba kita pula nak lantik individu yang tidak berminat untuk memegang jawatan berkenaan. Bukan itu saja, malah presiden juga perlu mempengeru­sikan mesyuarat dan membuat keputusan bagi pihak FAM.

“Takkan semua keputusan itu perlu diputuskan orang luar biarpun presidenny­a orang lain. Jadi saya memang tidak setuju cadangan itu, malah bertentang­an dengan peraturan,” katanya.

Menerusi laporan Arena Metro semalam, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) kekal dengan pendirian untuk tidak menyokong atau mencalonka­n mana-mana individu bagi mengisi jawatan berkenaan.

Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menegaskan pendirian itu diambil bagi mengelak mereka dituduh mencalonka­n proksi untuk terus menerajui badan induk kebangsaan itu.

Namun situasi itu berbeza dengan saranan MUSA apabila bercadang mencalonka­n Tan Sri Aseh Che Mat sebagai Presiden FAM untuk membolehka­n Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim terbabit dalam badan induk itu.

FAM sebelum ini mengesahka­n kongres badan induk itu itu adalah bagi mengadakan sesi pemilihan presiden baru badan induk itu, dan nama calon yang ingin bertanding perlu dihantar selewat-lewatnya Isnin depan sebelum senarai akhir dikeluarka­n pada 20 Februari.

Antara calon yang menjadi sebutan mengisi jawatan tertinggi organisasi bola sepak tempatan itu ialah TMJ, Tan Sri Tony Fernandes dan Aseh selain Annuar yang turut berminat jawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia