Harian Metro

Yusof yakin Tunku Ismail antara calon ‘kerusi panas’ FAM

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Datuk Wira Mohd Yusof Mahadi yakin beberapa persatuan bola sepak negeri akan tetap mencalonka­n pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertanding bagi kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM ke-53 Mac ini.

Beliau berkata, meskipun Tunku Ismail sebelum ini menyatakan tidak mahu bertanding dan mencadangk­an Tan Sri Aseh Che Mat sebagai calon presiden namun beberapa ahli gabungan masih mengharapk­an Tunku Mahkota Johor (TMJ) akan berubah pendirian.

“Ada beberapa persatuan bola sepak negeri akan mencalonka­n nama TMJ. Ada persatuan bola sepak negeri yang tidak suka dengan Tan Sri Aseh jadi mereka akan mencalonka­n nama TMJ,” kata Yusof kepada Arena Metro semalam.

Pencalonan bagi merebut jawatan dalam Exco FAM kini dibuka dengan semua nama calon daripada badan gabungan perlu diserahkan selewat-lewatnya 23 Januari ini manakala senarai akhir akan diumumkan FAM pada 20 Februari depan.

Menurut Yusof, MUSA pula akan mencalonka­n Aseh dan bukannya Tunku Ismail bagi merebut jawatan Presiden FAM yang kini disandang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Kami mencalonka­n Tan Sri Aseh kerana mahu memastikan Tunku Ismail tetap terbabit dalam FAM andai beliau tetap tidak mahu bertanding. Tunku Ismail yang mencadangk­an nama Tan Sri Aseh jadi kami menyokong segala keputusann­ya.

“Ini hanya pencalonan, semua mungkin berubah apabila tiba pada kongres itu nanti. Ini bukan soal proksi, TMJ cuma mahu individu yang beliau selesa bekerja bersama saja,” katanya.

Yusof berkata, MUSA dijangka menghantar senarai nama calon kepada FAM Jumaat ini.

Ketika ini hanya bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang mengakui berhasrat bertanding jawatan presiden manakala pemilik kelab Inggeris Queens Park Rangers Tan Sri Tony Fernandes merasakan belum sesuai untuk memegang jawatan tertinggi FAM itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia