Harian Metro

Terima kasih Gomez: Johor DT

-

Johor Bahru: Ketika saingan Liga Super berbaki sehari untuk disingkap, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) membuat pengumuman mengejutka­n apabila Mario Gomez tidak lagi membimbing skuad itu mengharung­i kempen Liga-M musim ini.

Presiden Johor DT Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim

dalam kenyataan rasmi di laman JOHOR Southern Tiger berkata, Gomez bersetuju untuk membawa haluan sendiri.

“Saya ingin membuat pengumuman bahawa Johor DT dan Mario (Gomez) bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

“Bagaimanap­un, saya ingin

(gambar)

mengambil kesempatan untuk mengucapka­n setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaa­n kepada jurulatih yang dianggap legenda Johor DT.

“Tidak dinafikan sumbangan yang beliau berikan sepanjang tempoh perkhidmat­annya selaku jurulatih apabila berjaya membawa Johor DT menjuarai piala pada saingan Liga-M dan Piala AFC,” kata Tunku Tun Aminah dalam kenyataann­ya.

Sepanjang pembabitan Gomez selaku pengendali Johor DT, beliau membawa skuad Harimau Selatan muncul juara Piala Sumbangsih dan memastikan pasukan itu merangkul hatrik Liga Super selain muncul Piala AFC.

Gomez menyertai Johor DT selepas melepaskan jawatan ketika bersama South China AA dua musim lalu.

membimbing JDT II bagi mengharung­i saingan Liga Perdana dan akan dibantu Ramlan Rashid.

“Sudah menjadi falsafah Johor DT untuk memajukan barisan kejurulati­han muda dan Hamzani sebagai contoh dinaikkan pangkat selepas mendapat pendedahan terbaik ketika menjalani latihan di Jepun dan kelab La Liga Sepanyol, Valencia CF,” kata Edwards.

 ??  ??
 ??  ?? GOMEZ (dua dari kanan) tinggalkan Johor DT dengan bergaya.
GOMEZ (dua dari kanan) tinggalkan Johor DT dengan bergaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia