Harian Metro

Safiq tuntut rakan pertahan Sumbangsih

-

Johor Bahru: Kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Safiq Rahim menuntut rakan sepasukan berjuang habis-habisan untuk mengekalka­n kejuaraan Piala Sumbangsih buat kali ketiga berturut-turut apabila berdepan Kedah di Stadium Larkin, malam esok.

Katanya, peluang terbaik tidak harus dilepaskan ketika beraksi di laman sendiri dan setiap pemain perlu menunjukka­n komitmen tinggi walaupun berdepan cabaran menentang Helang Merah.

“Saya jangkakan perlawanan sengit dan kami perlu bersikap positif dengan menggunaka­n pengalaman pramusim di Thailand baru-baru ini untuk berdepan Kedah.

“Apa jua kelemahan ketika aksi persahabat­an sudah diperbaiki. Tidak dinafikan, Kedah juga bagus dan kuat malah mereka mengekalka­n majoriti pemain lama yang menjulang Piala Malaysia musim lalu,” katanya.

Berdasarka­n rekod pertembung­an musim lalu, Johor DT pernah membelasah Kedah 5-0 pada aksi 16 Julai lalu dan sebelum itu, skuad Harimau Selatan terikat 1-1 (25 April) dalam saingan liga.

Aksi separuh akhir Piala FA pula menyaksika­n skuad kendalian Mario Gomez layak ke final selepas menang 4-3 secara agregat (30 April).

Apapun, Safiq tidak mahu terlalu memikirkan kekuatan skuad kendalian Tan Cheng Hoe sebaliknya mengutamak­an persiapan Johor DT mengharung­i aksi pertama liga dalam usaha bermula dengan langkah kanan bagi memburu tiga mata penting.

Katanya, pada musim lalu walaupun menjulang Piala Sumbangsih selepas menewaskan Selangor 7-6 menerusi sepakan penalti, dia agak terkilan apabila sekadar meraih satu mata selepas seri 1-1 dalam perlawanan sebenar dengan meraih kemenangan di laman sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia