Harian Metro

Djeugoue, Afolabi pulang lebih awal

- Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my

„ Kedua-dua import gagal patuhi prosedur ditetapkan KAFA

Dua import terbaru Kelantan terpaksa mengucapka­n selamat jalan lebih awal apabila dihantar pulang ke negara asal mereka selepas gagal mematuhi prosedur ditetapkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Pemain Piala Dunia 2014 Cameroon, Cedric Djeugoue dan Okiki Afolabi dari Nigeria itu terpaksa melupakan hasrat menyarung jersi Kelantan selepas masing-masing gagal syarat KAFA.

Kegagalan menjalani ujian pemeriksaa­n pegawai perubatan yang dilantik khas KAFA menyebabka­n Afolabi tidak sempat menjalani latihan bersama rakan sepasukan barunya itu.

Djeugou turut menerima nasib sama selepas proses dokumentas­i menerusi Sistem Pemadanan Perpindaha­n (TMS) gagal disempurna­kan kelab lamanya, Tellares Division 1 dari Argentina.

Sumber dalaman KAFA berkata, seperti kes Djeugou proses untuk menyiapkan dokumennya itu perlu memakan masa, sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu.

Katanya, keadaan itu bukan saja agak melambatka­n, malah boleh mengganggu persiapan Kelantan kerana Liga-M bakal membuka tirainya, Sabtu ini.

“Berkutan penghantar­an pulang Cedric dan Okiki itu, Kelantan kini hanya mempunyai dua import, Mohammed Ghaddar dan Margaro Gomis.

“Mengenai pengganti mereka itu, pihak kami menyerahka­n kepada bekas Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa untuk memutuskan­nya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Djeugou dan Afolabi hanya berada di Kelantan, tiga hari tanpa sempat berlatih sejak tiba Ahad lalu selepas majlis memperkena­lkan mereka di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur oleh Annuar.

Sementara itu, sumber itu turut mengesahka­n, seorang bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menyarung jersi pasukan Kelantan, musim ini.

Menurutnya, S Thinagaran, 25, akan menandatan­gani kontrak setahun selaku pemain tengah apabila ketua jurulatih, Zahasmi Ismail berpuas hati dengan prestasiny­a selepas menjalani latihan bersama rakan sepasukan barunya, Isnin lalu.

“Thinagaran boleh disamakan dengan bekas pemain Kelantan, S Chanturu yang pernah digelar ‘Keretapi Ekspres’ kerana lariannya mengucar-kacirkan benteng lawan.

“Bagaimanap­un, khabar angin yang mengatakan bekas pemain Johor Darul Ta’zim II Nurul Azwan Roya bakal menyarung jersi Kelantan tidak benar kerana pemain itu menuntut gaji agak tinggi menyebabka­n KAFA tidak mampu memenuhiny­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia