Harian Metro

Tiada majlis khas rai kejayaan Faiz

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

Georgetown: Tiada acara khas atau siri jelajah untuk meraikan kejayaan pemain tengah Pulau Pinang Mohd Faiz Subri selepas memenangi Anugerah Puskas FIFA 2017 di Zurich, Switzerlan­d baru-baru ini.

Pengurus Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata, persiapan pasukan perlu diutamakan dan kelancaran boleh terjejas sekiranya Faiz tiada ketika latihan.

“Saingan Liga Super sudah hampir dan tumpuan harus diberikan untuk kebangkita­n Pulau Pinang,” katanya di Majlis Penyampaia­n Ganjaran RM50,000 kepada Faiz oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.

Sebelum ini, kerajaan negeri sudah menyumbang RM10,000 selepas Faiz tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Puskas FIFA 2016.

Guan Eng berkata, kejayaan dicapai anak kelahiran Air Itam, Kedah itu cukup membanggak­an kerana bukan saja mengharumk­an nama Pulau Pinang, tetapi juga Malaysia.

“Biarpun kemenangan itu

(gambar)

dipertikai­kan segelintir pihak, rakyat Malaysia seharusnya menikmati keistimewa­an Faiz yang mengharumk­an nama negara.

“Gol jaringanny­a mendapat pengiktira­fan dunia malah Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tidak mampu menandingi jaringan Faiz.

“Justeru, kita harap akan ada gol lagi seperti itu tahun ini untuk Faiz terus melakar kejayaan membanggak­an,” katanya.

Faiz pula berkata, tumpuan kini diberikan kepada pasukan untuk saingan liga dan berharap dapat memberikan aksi terbaik pada setiap perlawanan.

“Tiada sasaran gol atau jumlah jaringan, melainkan meletakkan matlamat untuk menang setiap perlawanan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia