Harian Metro

Zul hargai Gayatri

- DARI MUKA 1

Sebagai tulang belakang dalam perkembang­an karier sehingga dikenali

“Kami berpisah secara baik dan masih berhubung sehingga kini.

“Jika bukan kerana Gayatri, saya tidak akan membintang­i filem J Revolusi. Saya terima tawaran ini disebabkan dia.

“Malah apa saja pendapat dan nasihat yang diberikan Gayatri, saya akan dengar dan terima dengan hati terbuka. Sebelum ini, ada beberapa tawaran saya tolak tetapi selepas mendengar pendapatny­a saya terima meskipun syaratnya ada yang tidak masuk akal.

“Bagi saya, ini adalah cara saya menilai dan menghargai dia. Apabila bekerja, saya dan Gayatri sangat profesiona­l dan tiada masa untuk bermasam muka atau mengenang kisah lalu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran permainan mudah alih J Revolusi.

Kata Zul, Gayatri adalah tulang belakang yang banyak membantu mengembang­kan kariernya selain menjadikan siapa dia hari ini.

“Sejak awal perkenalan kami, dia banyak membantu, membentuk dan membuka minda saya sebagai pelakon. Pertolonga­nnya menjadikan saya pelakon yang matang,” katanya.

PUTUS CINTA?

kekasihnya.

Ditanya mengapa dia sering mengelak apabila mahu dipertemuk­an dengan Zahirah dalam satu sesi fotografi, Zul berkata, dia punya alasan yang kukuh.

“Saya bukan mengelak, tetapi saya tidak mahu namanya diingati disebabkan orang lain. Dia masih baru dalam bidang ini dan perlu bina nama.

“Ketika saya masuk dalam industri dulu, rata-rata tidak mengenali saya sebagai

Zul Ariffin, tetapi dengan panggilan lain. Untuk keluar daripada situasi itu, memakan masa bertahun. Jadi biarlah dia bina namanya sendiri,” katanya yang mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan menyerahka­n soal jodoh kepada Allah SWT.

Menyentuh mengenai aplikasi permainan tembakan tunggal berasaskan filem J Revolusi, Zul berbesar hati dapat menyumbang­kan suaranya.

“Saya berbangga aplikasi permainan mudah alih ini menggunaka­n watak dan suara saya. Permainan mudah alih ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Play Store.

“Saya tidak sangka filem ini akan mempunyai permainan mudah alih. Saya teruja dengan perkembang­an positif ini dan diharap ia menjadi ikutan filem baru akan datang,” katanya.

- Najiy Jefri

 ??  ??
 ??  ?? ZUL bekerjasam­a dengan Gayatri dalam J Revolusi.
ZUL bekerjasam­a dengan Gayatri dalam J Revolusi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia