Harian Metro

‘Saya jatuh cinta dengaNnya...

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Nad kagum aura dimiliki

pelakon Deana Yusoff Deanna juga tidak meletakkan dirinya sebagai aktres hebat

sebaliknya banyak membimbing pelakon

muda di lokasi

WatakLia, pelajar yang mendalami tarian pemujaan dalam filem genre seram Aku Haus Darahmu memberi cabaran tersendiri buat pelakon berbakat besar Nad Zainal.

Dalam filem arahan Aidilfitri Mohamed Yunos ini, Nad berganding­an dengan Deanna Yusoff dan Zoey Rahman selaku teraju utama. Ia dimantapka­n dengan penampilan pelakon Farhanna Qisminna (Sweet Farhanna) dan bakat baru Amalia Syakirah.

Bagi pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 26, dia terima tawaran berlakon dalam filem itu kerana ingin mencabar diri beraksi dalam karya period seperti itu.

“Saya juga terima tawaran ini kerana mahu berganding­an dengan aktres hebat, Deanna.

“Saya melakonkan watak pelajar yang belajar menari dengan wanita misteri, Cik Cempaka lakonan Deanna di sebuah kampung untuk projek tesis.

“Cabaran terbesar saya perlu menjayakan babak menari dengan Deanna. Dia memiliki aura yang sangat kuat dan memang susah untuk mencapai tahap lakonan yang sama dengannya.

“Selain itu, saya juga perlu melakonkan babak

Lia dipukau. Ia bukan mudah kerana saya perlu membezakan wajah sebelum dan selepas dipukau,” katanya.

Nad turut menimba pengalaman berharga berlakon dengan Deanna dalam filem itu.

“Pada mulanya, saya agak skeptikal berlakon dengan pelakon berdarah kacukan. Namun, saya terus jatuh cinta dengan Deanna selepas berlakon dengannya dalam filem ini.

“Ada banyak babak menari dengan Deanna dan dia tidak lokek ilmu serta merendah diri. Deanna juga tidak meletakkan dirinya sebagai aktres hebat sebaliknya banyak membimbing pelakon muda di lokasi,” katanya.

Nad ditemui pada majlis tayangan filem Aku Haus Darahmu di pawagam Cineleisur­e, Damansara, baru-baru ini.

Bercerita pengalaman menjayakan Aku Haus Darahmu, kata pemegang Diploma Teater Akademi

Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini, dia perlu mengekalka­n stamina kerana penggambar­an banyak berlangsun­g pada waktu malam.

“Ia membabitka­n lokasi sekitar Kuala Lumpur, Kuala Selangor dan padang yang berlumpur.

“Pada masa sama, pengarah filem ini, Aidilfitri juga seorang yang mudah dibawa berbincang dan memberi penerangan kepada pelakon sebelum penggambar­an bermula.

“Terus terang, saya berasa gementar dengan maklum balas penonton kerana percaya boleh beri lakonan yang lebih baik lagi,”katanya.

Filem terbitan Tsar Asia Sdn Bhd akan menjengah pawagam tanah air bermula 2 Februari nanti.

Sebagai pelakon berstatus ibu, Nad mengakui sukar berjauhan dengan anaknya, Fahad Ibrahim yang baru berusia tiga bulan.

Maklumlah, kata Nad, anak sulungnya itu menyusu badan sepenuhnya.

“Syukur, ibu mentua akan menjaga Fahad jika saya terbabit dengan penggambar­an. Suami, Muhamad Faliq Amirudin turut membantu menjaga anak jika ada kelapangan.

“Saya juga tidak letak sebarang syarat kepada pihak produksi kerana mahu kembali aktif berlakon.

“Cuma saya akan berbincang dengan pengarah dan kru mengenai jadual penggambar­an terlebih dulu kerana tidak mahu menyusahka­n produksi mahupun pelakon lain.

“Antara karya terbaru lakonan saya ialah Telefilem Dosa Perempuan untuk

TV3 dan Kiamat Tiba untuk stesen TV9,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia