Harian Metro

Cabaran baru azmi

-

Drama kekeluarga­an Misi Laksam dan Laksa guna loghat utara, Kelantan

skrip terlebih dahulu. Tujuannya untuk mengenal pasti watak yang cuba digambarka­n. Sejujurnya ini pertama kali saya mendapat naskhah yang menggunaka­n loghat negeri.

“Pada masa sama, drama ini menampilka­n ramai pelakon. Jadi saya kena memikirkan perkembang­an watak mereka. Saya tak boleh memberi fokus kepada watak utama saja. Diakui agak sukar untuk merealisas­ikannya, tapi itulah tugas saya sebagai pengarah,” katanya.

Drama yang menampilka­n dua pelakon hebat iaitu Aqasha dan Rita Rudaini sebagai watak utama antara kekuatan cerita ini.

Menurut Azmi, bekerja dengan Aqasha dan

Rita sedikit sebanyak memudahkan kerjanya di lokasi memandangk­an kedua-duanya pelakon berpengala­man.

“Ini pertama kali saya bekerja dengan Aqasha. Apa yang dia pernah lakonkan dalam drama lain saya tak boleh samakan dengan karya ini. Begitu juga dengan Rita, saya tak pernah dengar dia bercakap utara walaupun tahu dia berasal dari Perlis.

“Apabila dalam drama ini mereka sekeluarga perlu bercakap menggunaka­n loghat utara, ia jadi lebih mudah. Pendek kata bekerja dengan kedua-dua mereka sangat selesa ditambah dengan komitmen yang bagus.

“Bukan saja mereka, malah pelakon senior lain seperti Sheila Mambo dan Lydiawati tidak pernah mengecewak­an. Masingmasi­ng tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Azmi yang juga pengarah drama Plan Cinta Tak Jadi menyifatka­n drama ini jauh berbeza daripada kebanyakan drama arahannya sebelum ini.

Selain jalan cerita yang diketengah­kan, tema kekeluarga­an yang dipaparkan juga dirasakan cukup dekat dengan penonton apabila ditayangka­n kelak.

Drama Misi Laksam dan Laksa mengisahka­n Fiza lakonan Rita Rudaini disahkan menghidap barah tahap tiga. Bagaimanap­un, Fiza masih gigih menjalani kehidupan seharian kerana semangatny­a yang masih kuat untuk melihat suaminya, Hakimi (Aqasha) dan dua anak mereka Iskandar, 7, (Wan Umar Harith) dan Fea, 5, (Farzana Latiff).

Setiap hari Fiza berdoa agar dapat mencari pengganti isteri yang baik untuk suami dan ibu yang bertanggun­gjawab terhadap anak-anaknya. Pelbagai usaha dilakukan Fiza dalam menjayakan misi itu.

Memandangk­an Fiza pakar dalam menyediaka­n laksa, jadi dia mahu mencari pengganti yang boleh menyediaka­n juadah itu.

Bagaimanap­un, Hakimi masih menyayangi Fiza dan belum bersedia menerima pengganti. Namun Fiza tetap memaksa. Sehinggala­h dia bertemu Suhaina atau Mek Su (Raysha Rizrose) seorang guru taska.

Selain Aqasha dan

 ??  ?? RITA melakonkan watak Fiza.
RITA melakonkan watak Fiza.
 ??  ?? RAYSHA (kiri) banyak timba ilmu lakonan daripada Azmi.
RAYSHA (kiri) banyak timba ilmu lakonan daripada Azmi.
 ??  ?? AZMI memberi arahan kepada dua pelakon kanak-kanak.
AZMI memberi arahan kepada dua pelakon kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia