Harian Metro

Resah, sedih tonton Sepiloh

- Rid zuan Abd ulRahm an

Hanya menggunaka­n ruangpenta­s kecil dan menampilka­n seorang pelakon, pementasan teater Sepiloh di Lepaq Space, Damansara baru-baru ini tetap berjaya menambat hati penonton.

Apatah lagi karakter kanak-kanak bernama Sepiloh yangmiskin dan tercicirda­lam pendidikan serta menjadi mangsa eksploitas­i segelintir manusia yangtidak berhati perut.

Sepiloh lakonan Siti Nurbaya Hassan berjaya menyuntik kesedaran bahawa di sebalik keselesaan yangdinikm­ati orangramai, masih ada kanak-kanak terpaksa berjuangde­mi kelangsung­an hidup.

Sedangkan mereka sepatutnya berhak menjalani kehidupan seperti kanakkanak normal lain dan mendapat pendidikan formal.

Perasaan penonton diulit resah dan sedih ketika menonton, namun pada masa sama mendoakan agarSepilo­h cekal dengan misinya mencari rezeki untuk menyara abang kurangupay­a dan adik yang masih kecil.

Karya arahan Sarina

Aziz ini menyampaik­an kisah masyarakat melalui perjalanan hidup seorang kanak-kanak yangberjua­ng untuk menikmati erti pengorbana­n. Penindasan demi penindasan ditempuhi dengan cekal.

Sepiloh menzahirka­n visual setiap rasa dan pemerhatia­nnya melalui arca yangterbin­a. Seperti yangkita ketahui bukan mudah buat kanak-kanak sepertinya membina impian.

Sarina yangditemu­i selepas persembaha­n berkata, naskhah monolog ini bertujuan menjadi terapi pelakon dan penonton.

“Saya sebenarnya mahu menjadikan Lepaq Space sebagai hab terapi seni. Sepiloh jadi pilihan kerana dekat dengan masyarakat.

“Apabila menonton, kita akan rasa seperti pernah melihat atau melalui situasi ini. Sepiloh dibangunka­n dengan dana saya sendiri dan mendapat sokongan padu rakan.

“Skrip sudah siap pada 2007 untuk projek bersama sebuah produksi lain, tetapi terpaksa ditangguh kerana dalam Sepiloh ada pembinaan strukturka­ca,” katanya.

Menurutnya perancanga­n asal ketika itu turut

Teater papar perjuangan kanakkanak miskin, tercicir demi

kelangsung­an hidup

diadakan pameran arca, tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Dengan kapasiti yang ada, inilah saja arca yang mampu kami buat. Saya sebenarnya nak artis itu sendiri bina arca sambil dia berdialog.

“Saya pilih Siti Nurbaya kerana kebetulan dia mahu buat kemunculan semula dalam genre monolog.

Saya berikan dia beberapa naskhah dan dia pilih Sepiloh.

“Pada saya Siti Nurbaya sudah buat sehabis baik dan saya menyukai penjiwaann­ya. Energinya berubah mengikut kapasiti penonton yanghadir,” katanya.

Sementara itu Siti Nurbaya pula mengakui menggalas tugas berat kerana sudah lama tidak beraksi secara solo di atas pentas.

“Kali terakhirbe­raksi secara solo adalah pada 2007. Kali ini saya dipanggil Sarina untuk membantuny­a menjayakan persembaha­n di Lepaq Space.

“Dia beritahu mahu pentaskan teatermono­log dan saya berminat turut serta jika dia percayakan bakat saya.

“Ada dua skrip tapi saya tertarik dengan Sepiloh kerana dekat dengan jiwa saya. Cabarannya, saya kena melakonan watak kanakkanak lelaki,” katanya.

Siti Nurbaya memaklumka­n menjadikan pelakon Puteri Balqis sebagai rujukan ketika membawakan watak

Sepiloh.

“Dia banyak bawa kanakkanak gelandanga­n dengan baik. Bezanya Sepiloh kanak-kanak lelaki.

“Saya kena korbankan rambut serta menurunkan berat badan lima kilogram untuk sesuaikan dengan karakterin­i,” katanya yang hanya menjalani latihan selama dua minggu sebelum persembaha­n.

 ?? M oham adridzuan @hm etro.com .m y ?? AK SI Siti Nu rbaya dalam teater Sep iloh. SARINA (kiri) bersama mereka yang menjayakan teater Sep iloh.
M oham adridzuan @hm etro.com .m y AK SI Siti Nu rbaya dalam teater Sep iloh. SARINA (kiri) bersama mereka yang menjayakan teater Sep iloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia