Harian Metro

Fifth Harmony di Malaysia

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Konsert sulung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Bandar Sunway 7 April depan

Tah un lalu, peminat dikejutkan dengan berita pengundura­n anggota Fifth Harmony iaitu Camila Cabello. Lebih hangat apabila perkara itu dikatakan berpunca daripada kelemahan pihak pengurusan.

Ketiadaan Camila bagaimanap­un tidak melumpuhka­n semangat Lauren Jauregui, Ally Brooke, Normani Hamilton dan Dinah Jane untuk meneruskan perjuangan kumpulan itu.

Sejak mencipta nama pada

2012, Fifth Harmony yang kini hit dengan lagu That’s My Girl berjaya mengembali­kan era kegemilang­an kumpulan wanita. Aura dan bakat mereka berjaya menakluk penggemar muzik seluruh dunia.

Begitu juga dengan himpunan lagu mereka yang tidak pernah mengecewak­an dan sering mengunggul­i carta besar radio.

Jika diteliti, kekuatan Fifth Harmony terletak pada material yang relevan dengan selera pendengar khususnya generasi muda. Boleh dikatakan setiap lagu membawa aura berbeza tetapi kekal bertenaga dan segar.

Pencapaian luar biasa Fifth Harmony sekali gus mengimbau kembali kejayaan kumpulan wanita legenda Spice Girls pada era 90an dan awal 2000. Mereka adalah penyambung legasi kumpulan hebat itu.

Menarik mengenai kumpulan ini, mereka digabungka­n sewaktu menghadiri uji bakat program realiti The X-Factor Amerika Syarikat (AS) musim kedua pada 2012. Dalam pertanding­an itu, kumpulan terbabit berjaya mara sebagai tiga terbaik sebelum bernaung di bawah label Epic Records.

Tampil dengan single pertama berjudul Miss Movin’ On, mereka terus melakar kejayaan menerusi lagu hit termasuk Sledgehamm­er, Worth It dan Work From Home.

Kemunculan mereka semakin mendapat perhatian di pelbagai acara dan menjadi pujaan peminat seluruh dunia. Sejak itu kumpulan ini sering dilamar menjayakan konsert di pelbagai negara.

Bagaimanap­un, kumpulan itu belum bersedia memenuhi permintaan itu pada awal kemunculan. Tahun ini mereka akhirnya bersetuju untuk mengelilin­gi dunia termasuk ke negara Asia.

Peminat negara ini juga pasti gembira apabila Fifth Harmony akan mengadakan konsert sulung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Bandar Sunway pada 7 April nanti.

Tiket berharga RM350 (VIP), RM150 (Harmony) dan RM100 (Party) akan dijual menerusi laman web www. ticketpro.com.my bermula esok.

 ??  ?? FIFTH Harmony bakal menggegark­an Kuala Lumpur.
FIFTH Harmony bakal menggegark­an Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia