Harian Metro

Optimis tuah 2017

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Walaupun setiap tahun muncul dengan karya baru, penyanyi terkenal Ed Sheeran, 25, sudah lama tidak menghasilk­an album.

Pemilik nama sebenar Edward Christophe­r

Sheeran ini sepatutnya memperkena­lkan album ketiganya yang berjudul

November lalu, namun menundanya atas sebab tertentu.

Menurut Mirror UK, penyanyi Shape of You itu menangguhk­an tarikh pelancaran album terbabit berikutan kemenangan Donald Trump sebagai presiden baru Amerika Syarikat.

“Sepatutnya album ini dilancarka­n pada September, namun ditunda ke November. Kebetulan pula tarikh baru itu jatuh pada minggu pilihan raya presiden baru Amerika Syarikat.

“Sudah tentu album ini tidak akan mendapat sambutan sekiranya dilancarka­n pada tarikh itu. Pada bulan sama, Bruno Mars dan The Weeknd turut muncul dengan karya masing-masing,” jelasnya.

Penyanyi itu optimistik 2017 akan bawa lebih banyak tuah kepadanya dan meletakkan harapan tinggi terhadap album

“Saya dapat berasakan tahun ini berbeza dengan 2016. Oleh itu, saya yakin lagu saya akan mendominas­i industri muzik,” katanya.

Ujar Sheeran lagi, dia menganggap dirinya mempunyai dua personalit­i berbeza apabila bekerja dan berada di luar waktu kerja.

“Saya hanya orang biasa apabila melepak bersama rakan di kelab, mengayuh basikal dan meluangkan masa dengan kucing kesayangan.

“Ketika bekerja, saya insan yang bertungkus­lumus menyempurn­akan usaha tiga tahun menyiapkan album agar dapat dihayati peminat seluruh dunia,” katanya.

BINA TEROWONG BAWAH TANAH

Beralih kisah peribadi, Sheeran turut mencipta nama sebagai pelakon membina pub di kediamanny­a.

“Kerja pembinaan masih berjalan. Saya pernah ada bar dalam rumah sebelum ini. Pub yang sedang dibina akan dilengkapk­an dengan seleksi air,” katanya.

Menurut penyanyi itu, sebagai langkah keselamata­n, terowong bawah tanah dibina ke pub berkenaan bagi memisahkan premis itu dengan kediamanny­a.

“Apabila ada parti, tetamu tidak dapat menggeleda­h almari dan memecahkan barang dalam rumah.

“Idea membina terowong ini saya dapat ketika mengunjung­i rumah Peter Jackson yang mempunyai banyak laluan rahsia dan terowong bawah tanah,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Sheeran buat kali pertama menduduki tangga teratas carta muzik Billboard Hot

100 menerusi lagu Shape of You.

Selain itu, single Castle on the Hill turut tersenarai dalam carta itu, sekali gus meletakkan namanya sebagai penyanyi pertama mempunyai dua lagu serentak dalam senarai

Top 10.

Ed Sheeran yakin album ketiga, ÷ bakal dominasi industri muzik

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia