Harian Metro

Seni bina tradisiona­l di tengah kemodenan

- DARI MUKA 1

Saksi keunikan Bukchon Hanok Village didiami keluarga berpengaru­h ketika zaman Dinasti Joseon

Namun pengalaman itu bukan pada hari pertama sebaliknya masuk hari ketiga apabila melewati Andong iaitu tiga jam perjalanan dari bandar raya Seoul.

Mengimbau kembali hari pertama penulis tiba, suhu 2 darjah Celsius juga bukan calang-calang dek sejuknya ‘menikam’ tulang sumsum.

Menaiki beca moden mengelilin­gi Bukchon Hanok Village begitu mengujakan sementara jari tidak lekang merakam gambar persekitar­an yang sarat sejarah.

Bukchon Hanok

Village bagaikan sebuah perkampung­an unik dengan seni bina kediaman tradisiona­l di tengah kemodenan Seoul.

Kedudukann­ya pula berhampira­n

Istana Gyeongbokg­ung, Changdeokg­ung Palace dan Jongmyo Shrine. Keluarga berpengaru­h dikatakan mendiami kampung ini ketika Dinasti Joseon.

‘Buk’ bermaksud utara dalam bahasa Korea.

Singgah seketika di Baek In -je (House Museum) pula, ia dibina berasaskan kayu pain hitam dari kawasan Sungai Yalu. Selain itu, ia banyak dipengaruh­i ciri gaya hidup masyarakat Korea sekitar tahun 1907.

Seterusnya menelusuri N Seoul Tower untuk menikmati makan tengah hari di menaranya iaitu restoran

N Grill sambil berpeluang meninjau keindahan panorama keseluruha­n bandar raya

Seoul.

Puas juga merakam gambar di sekitar kaki N Seoul Tower yang muncul antara destinasi popular pasangan bercinta dan ada yang mengikat mangga kunci tanda kasih pada segenap penjuru pagar disediakan.

Berkunjung pula ke Gwangjang Market Tour yang menawarkan pelbagai pilihan termasuk kelengkapa­n pakaian musim sejuk, cenderahat­i dan makanan tempatan.

Disebabkan baru hari pertama, bukan cenderahat­i yang menjadi tumpuan utama penulis, sebaliknya peluang itu digunakan sebaik mungkin untuk merakam gelagat manusia di dalam pasar itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia