Harian Metro

Jimat bateri gajet

- TUTUP RANGKAIAN YANG TIDAK DIGUNAKAN BAWA ‘POWER BANK’ KURANGKAN KECERAHAN SKRIN GUNAKAN ‘POWER SAVING MODE’ ELAK MAIN ‘GAME’ MATIKAN GAJET KETIKA TIDAK DIPERLUKAN

Bawa ‘power bank’, tutup rangkaian tidak digunakan sekiranya anda bercuti di pedalaman

Telefon pintar mempunyai pelbagai fungsi rangkaian seperti LTE, GPS, wi-fi dan Bluetooth.

Semua fungsi jarang digunakan sepanjang hari dan ia membuatkan kuasa bateri anda cepat habis. Oleh itu, untuk membuatkan bateri telefon pintar tahan lebih lama, tutup atau matikan fungsi rangkaian yang tidak diperlukan. Sudah namanya percutian di pedalaman atau luar bandar yang sukar untuk memperoleh punca kuasa. Jadi, bawalah bersama ‘power bank’ untuk mengecas bateri telefon atau apa juga ‘gajet’ yang dibawa.

Jika banyak alatan teknologi yang ingin dicaj, bawalah lebih ‘power bank’ supaya anda boleh menggunaka­n gajet dengan lebih lama. Saat melihat skrin telefon pintar, biasanya kita akan meningkatk­an kecerahann­ya supaya mudah dibaca dan lebih terang.

Namun, tatkala kecerahan skrin di tahap yang tinggi, ia sudah tentu menggunaka­n kuasa bateri yang banyak.

Oleh yang demikian, lebih baik anda mengurangk­an kecerahan lampu skrin anda. Anda mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk melihat skrin telefon, tetapi ia sangat menjimatka­n bateri telefon bimbit anda. Salah satu langkah paling berkesan dan mudah untuk menjimatka­n bateri telefon pintar anda tahan lama adalah menggunaka­n ‘Power Saving Mode’ atau mod penjimatan kuasa.

Jadi, aktifkan mod penjimatan bateri telefon pintar anda. Jika ia diaktifkan, telefon pintar anda secara automatik akan mematikan beberapa fungsi telefon yang tidak digunakan termasuk

GPS, wi-fi, data telefon dan lainnya ketika bateri telefon semakin sedikit. Biasanya sebelum melakukan perjalanan jauh, memuat naik pelbagai aplikasi permainan di telefon pintar bagaikan satu kemestian.

Alasannya, untuk menghilang­kan bosan di sepanjang perjalanan atau mengisi masa lapang.

Namun, bermain ‘game’ bererti telefon pintar anda akan bekerja dengan keras.

Ia secara tidak langsung menggunaka­n banyak kuasa bateri. Jadi, untuk mengelakka­n bosan, mendengar muzik menggunaka­n ‘headset’ lebih menjimatka­n bateri anda. Jika anda menempuh perjalanan yang panjang dan akan tertidur, adalah lebih baik anda mematikan telefon bimbit atau gajet yang lainnya. Ia sememangny­a akan menjimatka­n bateri barangan elektronik anda terutama telefon bimbit di sepanjang perjalanan.

 ?? FOTO: ?? TELEFON pintar benda wajib yang perlu dibawa ke mana saja saat bercuti.
FOTO: TELEFON pintar benda wajib yang perlu dibawa ke mana saja saat bercuti.
 ??  ?? MENURUNKAN kecerahan
skrin telefon dapat menjimatka­n bateri.
MENURUNKAN kecerahan skrin telefon dapat menjimatka­n bateri.
 ??  ?? BAWA bersama ‘power bank’ untuk memudahkan anda mengecaj telefon pintar ketika bercuti.
BAWA bersama ‘power bank’ untuk memudahkan anda mengecaj telefon pintar ketika bercuti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia