Harian Metro

TIRU KECANTIKAN ORANG CINA

- ShuhadaM an so r gen.y@hm etro.com .m y

Tip dapatkan kulit mulus untuk gadis dan

jejaka sempena Tahun Baru Cina

Pas tiada antara kita tertanya-tanya apakah produk kecantikan yang digunakan masyarakat Cina untuk memiliki kulit mulus?

Bukan cuma disebabkan mereka berkulit ‘cerah’, tetapi nampak segar, bersih dan tidak kusam membuatkan kita ingin tahu.

Sempena Tahun Baru Cina 2017 yang bakal hadir tidak lama lagi, Gen Y kongsikan tip tradisiona­l masyarakat Cina yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. U ntuk gadis, anda boleh mencuba kerana tanpa solekan tebal, wajah pasti nampak sentiasa berseri.

TOPENG KACANG HIJAU

Selalunya kacang hijau kita akan gunakan untuk dibuat bubur, tapi anda boleh gunakannya untuk dijadikan topeng muka. Biji kacang hijau ditumbuk dan dicampur sama ada yogurt Greek atau air sebelum ditempel di muka. Petua ini diamalkan sejak zaman kegemilang­an Maharaja Cina, dan dipercayai bagus untuk merawat jerawat.

KUNYIT UNTUK WAJAH

Ton kulit tidak sekata antara masalah besar bagi gadis. Bagaimana untuk menyerlahk­annya dan menjadikan lebih sekata? Anda boleh cuba dengan menyediaka­n topeng daripada serbuk kunyit.

Mungkin sudah banyak petua kami kongsikan membabitka­n kunyit namun apa kata cuba guna serbuk yang asli untuk dijadikan topeng. Campurkan serbuknya bersama air atau yogurt dan sedikit madu. Biarkan seketika dan sapu di muka kira-kira 10 hingga 15 minit. Dipercayai, amalan ini mampu mengurangk­an kedutan dan menyerlahk­an tona kulit wajah anda. Jejaka juga jangan lupa mencuba!

TEH HIJAU

Minuman teh berkait rapat dengan masyarakat Cina. Teh Cina antara minuman ‘wajib’ disajikan jika kita berkunjung ke restoran Cina. Menariknya amalan minum teh hijau dipercayai membantu untuk tampil awet muda.

Air teh hijau antaranya sudah menjadi trend digilai ramai kini. Bahkan bukan hanya minuman, teh hijau sudah dijadikan pemanis mulut seperti kek dan kuih. Namun, saranan penulis, lebih bagus sekiranya kita mendapat manfaat daripada sumber asli. Teh hijau dipercayai mengandung­i antioksida­n tinggi dan meningkatk­an daya metabolism­e badan.

DAUN PUDINA

UNTUK KESEGARAN

Ini yang ditunggu-tunggu. Kulit cerah ibarat kapas tanpa memakan kolagen boleh anda peroleh. Caranya, dapatkan daun pudina dan lumatkan. Tempek di muka dan biarkan seketika. Anda akan terasa sejuk dan segar.

Cara semula jadi ini dikatakan sangat bagus dalam merawat cela dan memberi kecerahan pada kulit.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia