Harian Metro

Waspada kosmetik murahan

-

Menurut Pensyarah Kanan Perubatan dan

Pakar Dermatolog­i Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti

Putra Malaysia (UPM), Dr Kartini Farah Rahim, terdapat pelbagai bahan berbahaya dijumpai dicampur dalam kosmetik yang tidak berdaftar atau bernotifik­asi KKM (Kementeria­n Kesihatan Malaysia), terutama produk diseludup masuk dari negara jiran. Antaranya merkuri, plumbum (lead), arsenik dan sianida yang menyebabka­n kekerapan berlakunya alahan dan iritasi kulit.

“Sebelum ini, KKM pernah membuat kenyataan bahawa banyak kosmetik di pasaran dikesan mengandung­i racun berjadual seperti asid azelaik, hidrokuino­n dan tretinoin. Semua racun ini adalah produk farmaseuti­kal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesiona­l kesihatan.

“Bukan sahaja di Malaysia, malah Amerika Syarikat (USA) dan Britain juga sedang meningkatk­an usaha merampas dan memberhent­ikan penjualan kosmetik palsu, namun malangnya masih banyak yang tidak dapat dikesan,” katanya.

Jelas Dr Kartini, kebanyakan produk kosmetik palsu berasal dari China. Namun apa yang paling mengejutka­n, laporan City of London Police mengisytih­arkan siasatan di kilang pemprosesa­n terbabit mendapati premis itu sangat kotor sehinggaka­n terdapat sisa kencing tikus dan manusia serta bahan toksin lain di dalam kosmetik mereka.

“Oleh itu, kesedaran pengguna amat penting untuk membendung kegilaan wanita negara ini terhadap kosmetik murahan. Wanita perlu tahu bahawa logam berat toksik yang dicampurka­n seperti merkuri digunakan dalam kosmetik sebegini untuk mendapatka­n kesan pencerahan dan mengurangk­an penuaan kulit. Gejala keracunan logam berat ini adalah ketaran (tremor), masalah ingatan dan emosi, masalah pendengara­n, penglihata­n serta buah pinggang.

“Logam plumbum pula sering didapati di dalam gincu dan jika digunakan berlarutan boleh menyebabka­n masalah saraf dan pembelajar­an. Sementara logam lain yang kerap dijumpai adalah arsenik, berilium dan kadmium. Bahan ini biasanya tidak disenaraik­an pada isi kandungan produk kerana dianggap sebagai sampingan dan tidak disengajak­an.

“Penggunaan produk mengandung­i plumbum dalam tempoh lama dan kuantiti yang banyak boleh mendatangk­an kesan gangguan hormon, masalah buah pinggang dan keradangan kulit. Begitupun, pengguna juga perlu sedar logam berat ini masih boleh dijumpai dalam kosmetik biasa di pasaran (bukan sahaja kosmetik murah), tetapi dalam kuantiti yang dikawal. Sementara logam merkuri adalah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya.

Selain logam berat, pengguna juga perlu menerima hakikat bahawa kemungkina­n wujudnya tretinoin, hidrokuino­n dan asid azelaik dalam produk kosmetik yang diguna wanita negara ini setiap hari.

“Tretinoin adalah bahan aktif yang digunakan untuk masalah jerawat dan jeragat. Kesan sampingan yang biasa adalah iritasi dan pengelupas­an kulit, fotosensit­if (sensitif kepada sinaran cahaya) dan ada kemungkina­n risiko teratogeni­k (kecacatan bayi dalam kandungan) untuk ibu mengandung.

“Hidrokuino­n pula dikenali sebagai bahan aktif untuk masalah jeragat dan untuk mencerahka­n kulit. Penggunaan bahan ini boleh mendatangk­an iritasi kulit dan fotosensit­if. Manakala asid azelaik pula banyak digunakan untuk masalah jerawat, rosacea dan jeragat yang akhirnya membawa kesan iritasi kulit termasuk keradangan dan kegatalan pada tempat yang disapu,” katanya.

TIP MENGESAN PRODUK

MERAGUKAN

1. Produk membuat tuntutan luar biasa seperti mencerahka­n kulit dalam masa yang singkat. Ini tidak boleh dipercayai kerana bahan yang selamat memerlukan masa yang lebih lama untuk bertindak pada kulit.

2. Produk dijual dengan harga yang sangat rendah berbanding produk yang sama di pasaran.

3. Produk dijual di kedai yang juga menjual barang bukan kosmetik dan dilonggokk­an.

4. Pembungkus­an produk dalam tulisan yang tidak difahami atau terdapat kesalahan ejaan walaupun dalam Bahasa Inggeris.

5. Produk tidak tertera padanya pengilang, pengedar, senarai bahan dan tarikh luput.

6. Produk tidak berkualiti apabila digunakan. - Intan Mas Ayu Sha himi

 ??  ??
 ??  ?? PEWARNA bibir tiruan jenama terkenal dijual serendah RM3.50 sebatang. LAMBAKAN produk jenama Korea tiruan dijual secara terbuka
di Lorong Haji Taib.
PEWARNA bibir tiruan jenama terkenal dijual serendah RM3.50 sebatang. LAMBAKAN produk jenama Korea tiruan dijual secara terbuka di Lorong Haji Taib.
 ?? Dr Kartini Farah ?? Bukan sahaja di Malaysia, malah Amerika Syarikat dan Britain juga sedang meningkatk­an usaha merampas dan memberhent­ikan penjualan kosmetik palsu, namun malangnya masih banyak yang tidak dapat dikesan
Dr Kartini Farah Bukan sahaja di Malaysia, malah Amerika Syarikat dan Britain juga sedang meningkatk­an usaha merampas dan memberhent­ikan penjualan kosmetik palsu, namun malangnya masih banyak yang tidak dapat dikesan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia