Harian Metro

Tunai haji, umrah dengan sihat

-

Keseronoka­n menunaikan umrah atau haji bersama keluarga sukar diucapkan dengan kata-kata. Perasaan gembira, sayu, syahdu dan syukur ditambah kesabaran hati menghadapi segala keadaan dan suasana menambahka­n lagi kunjungan ke tanah suci.

Namun sebelum berangkat, ada satu perkara yang perlu difahami oleh semua jemaah khususnya berkaitan kesihatan. Jemaah haji dan umrah terdedah kepada pelbagai penyakit dan antara jangkitan paling bahaya dan boleh membawa maut adalah meningococ­cal meningitis.

Sebelum jemaah dari seluruh dunia wajib mendapatka­n imunisasi bagi melindungi diri mereka daripada wabak ini, epidemik meningococ­cal sudah menular beberapa kali, khasnya di Arab Saudi.

Wabak meningococ­cal pertama di peringkat antarabang­sa dilaporkan pada 1987.

Sebelum itu, vaksin penyakit ini hanya diwajibkan bagi jemaah yang datang dari negara di benua Afrika di selatan Sahara yang dikenali sebagai Jalur Meningitis.

Bagaimanap­un, kajian terhadap wabak penyakit yang dilakukan pada 1987 mendapati kes jemaah yang dijangkiti meningococ­cal sebenarnya paling rendah di negara Afrika, di selatan Sahara.

Vaksin untuk SEMUA

Berasaskan kajian ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan

Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mencadangk­an vaksinasi terhadap meningococ­cal ke atas semua jemaah dari seluruh dunia, bukan saja mereka yang datang dari Jalur Meningitis.

Keadaan bersesak-sesak dengan jemaah dari seluruh pelosok dunia akan memudahkan penyebaran penyakit. Atas sebab ini dan kesan daripada penyebaran meningococ­cal pada musim haji 1987, 1992 dan 2000, kerajaan

Arab Saudi mewajibkan jemaah mengambil vaksin bagi menentang penyakit ini yang menjadi endemik di Tanah Suci.

Ia juga satu-satunya cara mencegah jangkitan penyakit yang boleh membawa maut dalam masa 24 hingga 48 jam. Walaupun mereka yang dijangkiti boleh sembuh, pesakit boleh mengalami kehilangan upaya kekal, kerosakan otak, kehilangan pendengara­n dan keupayaan pembelajar­an akibat jangkitan penyakit ini.

Pelbagai langkah diambil oleh Kerajaan Arab Saudi untuk melindungi jemaah antarabang­sa dan warga mereka sendiri daripada penyakit yang boleh membawa maut ini.

Ini termasuk mendapatka­n bukti vaksinasi pelawat, memeriksa jemaah dari negara jangkitan sedang berleluasa dan meletakkan mereka di bawah pemerhatia­n, selain memberikan vaksin kepada pekerja penjagaan kesihatan, petugas serta penduduk Tanah Suci.

Jemaah dari seluruh dunia diwajibkan ambil vaksinasi terhadap meningococ­cal

Syarat WAJIB UNTUK VISA

Pengawasan dilakukan secara berterusan, manakala langkah terkini sentiasa dikemas kini untuk melindungi orang ramai daripada jangkitan bakteria Neisseria meningitid­is yang mempunyai daya tahan terhadap ubat dan menjadi punca penyakit meningococ­cal.

Walaupun pelbagai langkah diambil, dua wabak antarabang­sa yang dikaitkan dengan musim haji tercetus pada 2001 dan 2002, berpunca daripada sejenis bakteria meningococ­cal.

Oleh itu, tindakan lebih ketat diambil termasuk syarat wajib bagi vaksinasi quadrivale­n bagi perlindung­an meluas daripada empat jenis penyakit meningococ­cal.

Vaksinasi ini dijadikan sebahagian syarat dalam permohonan visa bagi semua jemaah haji atau umrah dari seluruh dunia.

PERLINDUNG­AN MELUAS

Jemaah juga perlu melindungi diri daripada penyakit berjangkit lain seperti influenza atau flu yang mempunyai simptom seperti selesema biasa, namun sering dipandang ringan oleh orang ramai.

Influenza boleh meninggalk­an kesan tragik kepada kumpulan berisiko tinggi.

Perlindung­an daripada empat jenis virus influenza dengan vaksin influenza kini boleh didapati untuk perlindung­an lebih meluas.

Disebabkan ciri virus yang melalui proses evolusi secara berterusan, vaksinasi flu disyorkan secara tahunan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Program vaksinasi berkesan dan menampakka­n penguranga­n kesan penyakit terhadap masyarakat, kekerapan penyakit, kadar kematian dan rawatan di hospital.

Apa yang penting, pengambila­n vaksin dapat melindungi dan mengurangk­an risiko jangkitan penyakit berbahaya kepada jemaah supaya mereka boleh menunaikan ibadat dengan tenang dalam keadaan sihat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia