Harian Metro

Riasan segar, semula jadi

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Gaya mekap kian pantas berubah mengikut pengaruh fesyen semasa. Sekalipun masing-masing mempunyai stail dan pendapat berbeza, kaedah bersolek terkini tetap menjadi rujukan untuk tampil jelita di majlis keraian, pejabat ataupun bersantai.

Tidak kira sama ada menggunaka­n produk antarabang­sa mahupun tempatan, kualiti solekan sebenarnya banyak bergantung kepada teknik dan kebolehan merias wajah.

Menurut jurumekap artis, Rozza Khir, solekan ringkas pun boleh menyerlah dengan teknik dan sapuan bedak asas yang betul.

“Mulakan solekan dengan semburan pelembap wajah atau krim pelembap biasa dan biarkan ia benar-benar meresap jauh ke lapisan kulit.

“Lukis garisan kening dengan pensil rona gelap dan bentukkan mengikut kesesuaian wajah. Adun rona coklat gelap di bahagian depan kening untuk menampakka­n kesan semula jadi.

“Kemudian, ratakan cecair penutup cela rona cerah di bahagian bawah kening untuk menyempurn­akan bentuknya diikuti sapuan krim asas mata sebelum mengoles pembayang warna cerah,” katanya.

Bagi menyerlahk­an wajah semula jadi, Rozza memilih warna pic terang sebagai pembayang asas mata, diikuti rona merah hati untuk membentuk soket mata.

“Bagi mereka yang mempunyai mata besar, soket mata memang mudah dibentuk. Tetapi, individu yang bermata sepet perlu menekan kelopak mata dan membentuk soket mengikut aras bebola mata.

“Gabungkan warna merah hati dengan pic pada seluruh bebola mata. Di bahagian tengah kelopak, oles pembayang rona lebih cerah untuk kesan mata yang lebih menonjol. Kenakan bulu mata palsu yang ringkas jika perlu, diikuti penggaris mata.

“Gunakan rona coklat di garisan bawah mata dan kemaskan bahagian pangkal mata dengan celak hitam. Tambah sedikit pembayang rona cerah di bahagian pangkal mata untuk kesan sedikit glamor,” katanya.

Untuk solekan segar dan semula jadi, pilih dua ton bedak asas, cerah dan gelap untuk disesuaika­n pada wajah. Gabungkan kedua-dua ton bedak asas

 ??  ?? 7. Kenakan bedak asas ton gelap untuk membentuk kontur wajah.
8. Naikkan seri dengan pemerah pipi rona merah pastel.
9. Oleskan penyerlah pada lekuk atas bibir untuk menyerlahk­an bentuk.
7. Kenakan bedak asas ton gelap untuk membentuk kontur wajah. 8. Naikkan seri dengan pemerah pipi rona merah pastel. 9. Oleskan penyerlah pada lekuk atas bibir untuk menyerlahk­an bentuk.
 ??  ?? 10. Sempurnaka­n sapuan gincu bersesuaia­n.
11. Hasil solekan nampak lebih segar tanpa kemasan bedak debu.
10. Sempurnaka­n sapuan gincu bersesuaia­n. 11. Hasil solekan nampak lebih segar tanpa kemasan bedak debu.
 ??  ?? ROZZA
2. Lukis garisan kening dengan pensel rona gelap dan bentukkan mengikut kesesuaian wajah.
3. Ratakan cecair penutup cela rona cerah di bahagian bawah kening untuk menyempurn­akan bentuknya.
4. Sapuan pembayang rona merah hati untuk membentuk...
ROZZA 2. Lukis garisan kening dengan pensel rona gelap dan bentukkan mengikut kesesuaian wajah. 3. Ratakan cecair penutup cela rona cerah di bahagian bawah kening untuk menyempurn­akan bentuknya. 4. Sapuan pembayang rona merah hati untuk membentuk...
 ??  ?? 1. Wajah sebelum dirias.
1. Wajah sebelum dirias.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia