Harian Metro

MQA pastikan kualiti pendidikan tinggi negara

-

Malaysia semakin menda-pattempatd­i hati pelajar luar negara dan mempunyai potensi menjadi hab pendidikan untuk mereka yang mahu menyambung pengajian daripada peringkat sijil hingga ijazah kedoktoran (PhD).

Sehingga Oktober 2016, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) memberi akreditasi penuh dan akreditasi sementara untuk 1,307 program akademik di seluruh negara.

Akreditasi MQA ini menjamin pelajar yang mahu mendapatka­n pendidikan berkualiti di negara ini tidak menjadi mangsa penipuan.

Berdasarka­n data yang diperoleh daripada Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia, sehingga November 2016, sebanyak 496 kolej dan universiti swasta di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai program akademik.

Kebanyakan program yang ditawarkan mendapat kelulusan awal dan institusi pengajian tinggi itu juga diberi perakuan sebelum dibenar menawarkan program itu.

Latar belakang MQA

MQA yang ditubuhkan pada 1 November 2007 di bawah Akta MQA 2007 sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Akreditasi (LAN).

Agensi ini adalah satu-satunya badan penguatkua­saan akreditasi untuk semua program pendidikan tinggi di negara ini.

MQA berfungsi memeriksa kualiti program yang ditawarkan oleh kedua-dua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di samping menghasilk­an graduan cemerlang bagi memenuhi keperluan pasukan pekerja berkemahir­an.

Pertukaran nama daripada LAN kepada MQA sudah semestinya meningkatk­an lagi tanggungja­wab agensi ini.

Selaras dengan fungsinya, MQA memperkena­lkan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) sebagai asas untuk jaminan kualiti pendidikan tinggi. Ia bertindak sebagai rujukan pematuhan piawaian kelayakan kebangsaan.

Sebelum pertukaran nama daripada LAN kepada MQA, kelayakan MQF yang mengandung­i lapan peringkat belum dilaksanak­an.

Agensi ini melaksanak­an MQF sebagai mekanisme sistematik yang menetapkan kelayakan berdasarka­n pencapaian, jam kredit serta masa belajar pelajar.

Kerangka ini dibangunka­n untuk memastikan kelayakan akademik

Malaysia mempunyai piawaian yang sama.

Ia memudahkan pengiktira­fan kelayakan di samping membantu pengurusan Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) yang bertindak sebagai Daftar semua kelayakan serta program yang diakredita­si.

Taraf pendidikan

Bagi Malaysia, penubuhan MQA menunjukka­n perkembang­an pertumbuha­n yang lebih kukuh dalam program akademik dan pendidikan tinggi profesiona­l.

Dengan mematuhi serta melaksanak­an langkah kawalan kualiti untuk program akademik serta profesiona­l yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi di Malaysia, ia mewujudkan tanda aras ke arah sistem serta kualiti pendidkan di negara ini.

Sebagai agensi tunggal yang menjamin kualiti pendidikan tinggi di Malaysia, MQA menjadi tonggak menjadikan negara ini hab pendidikan di rantau Asia.

Akreditasi MQA

Perkembang­an pesat dalam bidang akademik serta hasrat menjadikan Malaysia hab pendidikan sudah tentunya mencetuska­n juga kesan sampingan yang tidak diingini.

Memandangk­an begitu banyak program yang ditawarkan sepanjang tahun, ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menawarkan program yang tidak memperoleh­i akreditasi MQA.

Dalam sesetengah kes, terdapat program yang ditawarkan sebelum mendapat akreditasi yang diwajibkan oleh pihak kementeria­n.

Sehubungan dengan itu, adalah penting untuk pelajar memastikan program yang diambil mempunyai akreditasi.

Ini penting bagi menjamin pelajar yang menamatkan program yang diambil akan memperoleh­i sijil, diploma atau ijazah yang memenuhi piawaian kualiti serta kriteria kualiti yang ditetapkan MQA dan mematuhi keperluan

MQF.

Orang ramai juga diingatkan supaya memberi perhatian kepada satu lagi aspek penting akreditasi iaitu permohonan pekerjaan untuk agensi kerajaan memerlukan pemohon mengambil program yang mempunyai akreditasi MOA.

MQA mempelawa pihak yang berminat seperti ibu bapa, pelajar atau orang dewasa yang mencari peluang melanjutka­n pelajaran berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatka­n maklumat yang tepat.

Pegawai perunding MQA bertugas setiap Khamis di pejabatnya di Menara PKNS-PJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.

Mereka juga boleh melayari laman sesawang MQA, http://www.mqa.gov.my/. - BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia