Harian Metro

EMAS SILAP MATA

- Suraya Roslan dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

> Seorang ahli perniagaan mendakwa kerugian lebih RM14 juta akibat ditipu sepasang suami isteri yang menawarkan jongkong emas murah kepadanya. Namun, anehnya pihak yang kena dakwa itu menyatakan sebaliknya pula. Mereka mendakwa turut menjadi mangsa penipuan tiga syarikat pembekal jongkong emas, lapor Suraya Roslan dan Nurul Hidayah Bahaudin

„ Ahli perniagaan, ejen dakwa terpedaya urus niaga emas 128.5kg Lelaki itu dakwa emas dibekal lebih murah berbanding di kilang

Bahari

“Saya terpaksa jual rumah, kereta Ferrari, Audi, BMW dan Range Rover Evoque untuk lunas hutang kepada 128 pelanggan selain pinjam along RM300,000,” dakwa ahli perniagaan, Bahari selepas ditipu pasangan suami isteri sebanyak RM14 juta untuk pembelian 128.5 kilogram emas.

Dia mendakwa ditipu pasangan suami isteri yang membekalka­n jongkong emas dengan harga murah untuk kedainya di Setiawangs­a.

Bahari berkata, dia menutup perniagaan yang diusahakan sejak 2013 berikutan tidak dapat menyiapkan tempahan barangan kemas pelanggan bernilai RM7 juta.

“Saya menjual aset termasuk guna wang simpanan RM2 juta untuk membayar pelanggan yang menempah barangan kemas, bagaimanap­un hutang saya dengan pelanggan masih berbaki RM4 juta,” katanya, di sini, semalam.

Menceritak­an perkenalan dengan pasangan suami isteri itu, Bahari berkata, kedua-duanya berkunjung ke kedainya di Setiawangs­a pada Ogos 2014 untuk menjadi pembekal emas.

“Lelaki itu mendakwa emas dibekalkan lebih murah berbanding di kilang.

“Saya bersetuju mengambil emas berkenaan dan semuanya berjalan lancar membuatkan saya melakukan 19 transaksi wang ke akaunnya berjumlah RM11.5 juta,” katanya.

Menurutnya, disebabkan tempahan emas mengambil masa 28 hari, dia tidak mengesyaki sebarang penipuan dan menyerahka­n wang tunai RM2.7 juta lagi kepada lelaki itu.

“Saya memperoleh­i emas dijanjikan dalam tempoh 28 hari itu dan saya terus membuat beberapa pembayaran untuk pembelian seterusnya, tetapi selepas itu saya tidak lagi menerima bekalan dijanjikan,” katanya.

Bahari berkata, dia tidak mengambil sebarang tindakan termasuk membuat laporan polis pada awalnya kerana masih mempercaya­i dan memberi peluang kepada pasangan suami isteri itu yang berjanji menyelesai­kan perkara ini.

“Bagaimanap­un. selepas menunggu lebih tiga bulan, saya nekad membuat laporan polis kerana sedar tertipu.

“Saya akui kini ‘terduduk’ dan menutup perniagaan berikutan tidak mampu lagi membeli emas dan sehingga kini masih berhutang RM4 juta dengan pelanggan,” katanya yang pernah bekerja di Australia sebagai Pengarah Urusan di sebuah syarikat runcit.

Harian Metro menghubung­i lelaki yang didakwa Bahari sebagai pembekal emas yang menipunya untuk mendapat maklum balas.

Lelaki itu tidak menafikan dakwaan Bahari namun mendakwa dia juga menjadi mangsa penipuan pembelian jongkong emas oleh tiga syarikat berpangkal­an di Melaka dan Lembah Klang.

“Saya hanya ejen dengan menawarkan emas murah kepada pelanggan.

“Selepas menerima wang pelanggan, saya membuat pembayaran kepada tiga syarikat untuk mendapatka­n jongkong emas berkenaan namun pihak tertinggi syarikat tidak menyerahka­n emas itu menyebabka­n pelanggan kini memburu saya,” katanya.

Menurutnya, dia kini kerugian RM23 juta akibat penipuan itu dan diburu pelanggan yang menuduh dia penipu.

“Ramai beranggapa­n saya guna wang berkenaan untuk membeli rumah tetapi hakikatnya saya sudah serahkan wang kepada syarikat berkenaan untuk urusan pembelian emas.

“Tiada dalil saya menipu pelanggan, hakikatnya saya juga ditipu dan menyedari hal berkenaan terus membuat tiga laporan polis di Melaka, dua tahun lalu bagi membuktika­n saya tidak bersalah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA menunjukka­n gambar jongkong emas dan laporan polis berhubung penipuan emas yang dialaminya.
MANGSA menunjukka­n gambar jongkong emas dan laporan polis berhubung penipuan emas yang dialaminya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia