Harian Metro

TOREH MUKA JURURAWAT

„ Jururawat cedera disamun di tempat parkir

- Junaidi Ladjana dan Ainul Durmahyant­y Durming am@hmetro.com.my

Sungguh mengerikan apabila wajah seorang jururawat ditoreh lelaki menggunaka­n pisau ketika cuba menyamun wanita berkenaan di parkir sebuah pasar raya di Bandar Sri Perdana, Jalan Silam, di sini, malam Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Normalia Tuang, 43, yang bertugas di klinik swasta di Kinabatang­an, parah di dahi kiri, hidung sehingga ke bahagian mulutnya.

Wanita itu kini stabil selepas menerima rawatan di Hospital Lahad Datu, di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan masuk ke pasar raya berkenaan untuk membeli barang dapur.

Beliau berkata, selepas selesai membuat pembelian, wanita itu berjalan menuju ke kenderaann­ya di kawasan parkir berhampira­n pasar raya itu.

“Ketika sedang berdiri di bahagian pintu belakang keretanya dan memasukkan barangan ke dalam kenderaan itu, tiba-tiba beg tangan wanita itu ditarik seorang lelaki tidak dikenali.

“Mangsa terkejut dan cuba menarik beg itu tetapi lelaki itu mencederak­an muka mangsa menggunaka­n senjata tajam,” katanya ketika dihubungi, semalam. Hamzah berkata, suspek kemudian melarikan diri dan orang ramai yang melihat kejadian segera menghulurk­an bantuan dengan menghantar wanita itu ke Hospital Lahad Datu.

“Selain itu, orang awam turut membantu menghubung­i pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan di tempat kejadian menemui sebilah pisau tanpa pemegang yang dipercayai digunakan suspek di atas jalan berhampira­n tayar belakang kenderaan mangsa.

“Beg tangan yang berisi dokumen penting dan wang tunai turut berada di tempat duduk belakang kenderaan mangsa,” katanya.

Hamzah berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan ketika melakukan samun.

 ??  ??
 ??  ?? KENDERAAN milik mangsa yang disamun di kawasan parkir pasar raya.
KENDERAAN milik mangsa yang disamun di kawasan parkir pasar raya.
 ??  ?? KEADAAN mangsa yang ditoreh.
KEADAAN mangsa yang ditoreh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia