Harian Metro

PEMINAT JDT HAMPA TIKET ‘LICIN’

- Mohd Sabran Md Sani dan Rizar Mohd Noor am@hmetro.com.my

Ratusan peminat pasukan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (Johor DT) terpaksa pulang hampa selepas tiket perlawanan Piala Sumbangsih membabitka­n pasukan itu menentang Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat ini, habis dijual, semalam.

Meskipun ada yang datang seawal jam 8 pagi, penantian hampir tiga jam bagi mendapatka­n tiket sia-sia selepas pengurusan stadium secara rasmi memaklumka­n kuota semalam dan dua hari lagi habis dijual.

Tinjauan Harian Metro mendapati ada peminat pasukan Harimau Selatan tidak mahu berganjak, malah menunggu dengan harapan tiket tambahan dijual kepada mereka, sekali gus membolehka­n mereka menyaksika­n perlawanan itu.

Bagaimanap­un, penantian orang ramai bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari itu nyata tidak membuahkan hasil, malah kuota yang sepatutnya dijual hari ini dan esok juga dimaklumka­n kakitangan bertugas sudah habis.

Suri rumah, Khamidah Jimin, 32, berkata, perasaanny­a kecewa kerana menunggu sejak jam 8 pagi semalam untuk mendapatka­n 12 tiket bagi menyaksika­n perlawanan itu Jumaat ini, tetapi terpaksa pulang hampa.

“Perasaan saya hampa, namun tidak putus asa menanti dengan sabar seandainya tiket itu dijual lagi esok dan hari berikutnya.

“Saya menunggu selama tiga jam sehingga kaunter dibuka pada jam 9 pagi dan beratur dua jam untuk membeli tiket bola, namun kecewa selepas dimaklumka­n tiket habis dijual,” katanya yang mengakui memperoleh tiket itu pada musim lalu.

Katanya, dia kembali hari ini kerana tidak mahu menghampak­an keluargany­a yang juga peminat setia Johor DT.

Berkongsi kekecewaan, peminat Johor DT, Amir Fakhri Baharuddin, 18, turut berharap tiket tambahan disediakan kepada peminat pasukan itu.

Dia yang menetap di Taman Perling di sini, mengakui datang seawal jam 8 pagi,

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN peminat kecewa tiket habis dua jam selepas kaunter dibuka, semalam.
SEBAHAGIAN peminat kecewa tiket habis dua jam selepas kaunter dibuka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia