Harian Metro

40 minggu dalam carta

Syamel bawa pulang trofi lagu Hidup Dalam Mati

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Lagu Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel dipilih sebagai Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40 pada acara Era Digital Muzik Awards 2016 (ERADMA 2016) yang berlangsun­g di sini, malam tadi.

Pemilihan itu berdasarka­n tempoh lagu berkenaan berada dalam carta Era 40 sepanjang tahun lalu.

Kemenangan itu melayakkan Syamel membawa pulang trofi sumbangan Era FM dan Digi.

Anugerah yang kali pertama diadakan itu turut mempertand­ingkan lima kategori lain dengan pemenang dipilih berdasarka­n undian 100 peratus peminat menerusi web Era FM.

Bagi kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016 pemenangny­a adalah Faizal Tahir. Faizal menewaskan empat calon lain iaitu Juzzthin, Tasha Manshahar, Waris dan Yuna.

Sementara itu, lagu Segalanya nyanyian Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Lagu Nyanyian Semula Terbaik 2016.

Kategori Lagu Paling Emo 2016 pula menjadi milik penyanyi Aiman Tino yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci.

Selain itu, pemenang bagi kategori Temubual Tetamu Terbaik Carta Era 40 2016 ialah penyanyi Ayda Jebat.

Bagi kategori Penyanyi Harapan Baru Pilihan Digi 2016 dinobatkan kepada kumpulan Colour Of Voices.

Semua pemenang membawa pulang trofi sumbangan Era dan Digi.

Acara pada malam itu dihoskan pelawak yang juga penyampai segmen Carta 40 Era iaitu Nabil Ahmad.

Majlis turut dimeriahka­n dengan persembaha­n hebat daripada barisan penyanyi popular seperti Altimet, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Khai Bahar, Haqiem Rosli, Amira Othman, Ayda Jebat dan ramai lagi.

Sementara itu barisan penyampai anugerah pula terdiri daripada Radin, Dina Nadzir, Hani, Budiey dan Adi Fashla.

ERADMA 2016 disiarkan secara langsung menerusi Facebook Era FM dan aplikasi Astro On The Go.

 ??  ?? SYAMEL memenangi anugerah Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40 2016 pada Anugerah Era
Digital Muzik Awards (ERADMA 2016).
SYAMEL memenangi anugerah Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40 2016 pada Anugerah Era Digital Muzik Awards (ERADMA 2016).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia