Harian Metro

Cacing dah kurang

-

Hulu Terengganu: Selepas sebulan menggempar­kan penduduk kampung dan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Ping, di sini, kehadiran cacing tanah di kawasan itu kini sudah berkuranga­n selepas beberapa pihak membantu melakukan proses penyembura­n air garam dan pembersiha­n yang dilakukan minggu lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (J3K) Tok Lawit, Suhaimi Ali, 56, berkata, kehadiran cacing sejak sebulan lalu sudah tidak kelihatan selepas kerja pembersiha­n dilakukan itu.

Menurutnya, pihaknya dan penduduk sekitar kini lega dengan keadaan itu kerana agak terganggu dengan kehadiran cacing dalam jumlah yang banyak sebelum ini.

Mereka lega apabila dimaklumka­n oleh penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bahawa cacing terbabit keluar dan memenuhi kawasan itu berkemungk­inan disebabkan ia keluar untuk mengawan.

“Namun, UMT menjalanka­n kajian terperinci dan mengambil sampel cacing dan tanah di kawasan itu untuk penyelidik­an lanjut dan difahamkan kehadiran cacing itu tidak memudaratk­an penduduk setempat.

“Selepas melalui proses pembersiha­n kini tidak kelihatan ribuan cacing yang keluar ke permukaan dan sekiranya ada hanya satu atau beberapa ekor saja,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, kehadiran cacing itu disedari sejak 15 Disember lalu dan selepas genap sebulan iaitu pada 15 Januari lalu kehadiran cacing berkenaan beransur kurang.

Katanya, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak yang datang membantu termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu dan UMT.

“Fenomena yang jarang berlaku ini perlu dilihat secara positif dan sepanjang kehadiran cacing itu, ia tidak mendatangk­an masalah besar kepada penduduk, malah ada individu datang memungutny­a untuk dijual sebagai umpan,” katanya.

Penduduk Jafar Mamat, 66, berkata, cacing terbabit tidak ada lagi berbanding pada Disember lalu hingga menjadi tanda tanya kepada penduduk mengenai fenomena itu.

 ??  ??
 ??  ?? SUHAIMI menunjukka­n cacing yang dijumpai (gambar kanan) di sekitar SK Kuala Ping.
SUHAIMI menunjukka­n cacing yang dijumpai (gambar kanan) di sekitar SK Kuala Ping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia