Harian Metro

AJL rock!

- Payatt riadz@hmetro.com.my

Search takluk AJL 1989, Black

Rose hancur di AJL 1991 dan Meet Uncle Hussein cipta

kejutan di AJL 2008

Anugerah Juara Lagu

(AJL) ke-31 yang akan berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam esok, pastinya dinanti-nantikan ramai.

Sejak AJL pertama pada 1986 (dulu dikenali sebagai Juara Lagu), lagu rock antara yang mencetus kemeriahan dalam anugerah muzik berprestij ini.

Bagaimanap­un, kemunculan lagu rock dalam final program ini hanya bermula pada AJL ke-3 pada 1988. Ketika itu Gersang dengan lagu Masih Aku Terasa dan Suratan Takdir serta Medicine

(Tika Dan Saat Ini) berjaya memecah monopoli penyanyi dan kumpulan pop yang sebelum itu kerap menghiasi pentas AJL.

Bermula pada 1986 hingga 1988, deretan lagu rock popular mewarnai industri muzik ketika itu seperti Fantasia

Bulan Madu (Search), Srikandi Cintaku (Bloodshed), Intan Ku Kesepian (Wings) dan Seribu Tahun

Takkan Mungkin (BPR). Bagaimanap­un, lagu ini ‘gagal’ di AJL walaupun semuanya meletup-letup di carta lagu.

Semuanya hanya kerana peraturan AJL dan program Muzik Muzik yang melarang penyertaan lagu karya komposer dari negara luar. ‘Malang’ buat lagu terbabit yang tidak layak dipertandi­ngkan kerana ia dicipta Datuk M Nasir yang ketika itu masih memegang kerakyatan Singapura.

Bayangkan jika lagu rock gergasi itu boleh bertanding ketika itu?

Penulis yakin salah satunya pasti akan muncul sebagi juara dalam AJL!

Jika bercerita mengenai rock, AJL ke-4 pada 1989 pastinya paling diingati hingga hari ini. Lagu

Isabella ciptaan dan nyanyian Search serta lirik oleh Bob Lokman menyapu bersih kemenangan dalam Juara Lagu, Persembaha­n Terbaik dan Lirik Terbaik.

Walaupun tempat kedua dan ketiga Juara

Lagu menjadi milik Segalanya Kuterima (Ilusi) dan Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (Ramlah Ram), tetapi peminat melihat ‘pertarunga­n’ sebenar AJL ketika itu ialah di antara Search dan Wings dalam kategori Persembaha­n Terbaik.

Bagaimanap­un, Wings yang tampil dengan lagu Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakila terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga dalam kategori berkenaan.

Namun, ramai dilihat tidak berpuas hati (terutama peminat Wings) dengan keputusan itu dan berpendapa­t persembaha­n Wings dengan lagu Taman Rashidah Utama lebih layak untuk menang.

Secara peribadi, penulis yang turut menonton AJL ke-4 itu berasakan persembaha­n Wings sebenarnya lebih hebat daripada Search. Dengan menggunaka­n khidmat 10 penyanyi latar terdiri daripada penuntut Univerisit­i Teknologi

MARA (UiTM), permainan dram padu daripada Black serta vokal ‘power’ Awie, Wings pada malam itu sudah menawan hampir semua penonton di Dewan Merdeka, PWTC dan di rumah yang menonton secara langsung. Namun, nasib dan rezeki tidak berpihak kepada mereka malam itu.

Dua lagi band rock yang bertanding pada malam final itu ialah MAY dengan lagu Sendiri dan Gersang (Bersama Suara Hati).

AJL ke-5 pada 1990 mula menyaksika­n penguasaan lagu rock. Daripada 11 lagu yang dipertandi­ngkan, lapan daripadany­a rock.

Wings sekali lagi tampil di AJL dan kali ini dengan lagu Sejati ciptaan dan lirik oleh M Nasir.

Tujuh lagi lagu ialah Sentuhan Kecundang (Ekamatra), Pusara Di Lebuhraya (Ekamatra), Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara (Mega), Dari Sinar Mata (BPR), Kembang Terhalang (Gamma), Suci Dalam Debu (Iklim) dan C.I.N.T.A (XPDC).

Bagaimanap­un, yang muncul juara pada malam itu ialah Janji Manismu nyanyian Aishah manakala Wings menang Persembaha­n Terbaik selain lagu Sejati menduduki tempat ketiga kategori Juara Lagu.

Black Rose ‘sumbang’kan

Penantian

AJL ke-6 pada 1991 yang berlangsun­g di PWTC pada 29 Disember 1991 menyaksika­n penguasaan hampir 100 peratus lagu rock.

Kecuali lagu Setelah Aku Kau Miliki nyanyian Shima (namun Shima juga sinonim dengan rock sebelum itu), 10 lagi yang bertanding ialah lagu rock seperti Antara Gadis (Dinamik), Patahnya Sayap Malam (Massa),

Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella), Penantian (Black Rose), Memburu Rindu (Hattan), Gugurnya Bunga Cinta (Laksamana), Umpama Mimpi Dalam Mimpi (Damasutra), Cinta Bandar Tasik Selatan (Olan), Tiara (Kris) dan Takdir Dan Waktu (Mega).

Bagaimanap­un, antara yang paling diingati dalam AJL 1991 ialah kegagalan Black Rose dalam persembaha­n mereka.

Lagu Penantian ciptaan Saari Amri yang sedap didengar dalam album mereka tiba-tiba menjadi sumbang dan ‘ke laut’ tatkala Black Rose yang ketika itu dianggotai Ajin (penyanyi), Jepp (gitar),

Man (gitar), Mario (bass) dan Shahrin (dram) membawanya secara ‘live’.

Bukan saja muzik yang huru-hara, malah vokal Ajin turut sumbang sekali gus menyebabka­n band itu dikritik hebat. Ia sekali gus membongkar rahsia Black Rose yang sebelum itu menggunaka­n khidmat ‘sessionist’ ketika rakaman album mereka.

‘Tragedi’ AJL 1991 itu juga dipercayai menjadi punca Black Rose akhirnya dibubarkan selepas itu.

AJL 1991 juga menyaksika­n Mega menjadi band rock kedua selepas Search dipilih sebagai Juara Lagu.

Rock hilang taring

Selapas kemenangan Mega, tiada lagi band rock yang memenangi AJL. Namun, 12 tahun selepas itu Spider kembali mengangkat martabat band rock apabila lagu Rela Ku Pujuk berjaya memenangi AJL pada 2004.

Ini diikuti Estranged menerusi lagu Itu Kamu pada AJL 2007 dan kejutan Lagu Untukmu daripada Meet Uncle Hussain setahun selepas itu.

Pada AJL 2015, giliran band rock generasi baru, Akim & The Majistret pula menakluk pentas AJL dengan lagu Potret.

Malam esok, tiga band rock antara yang akan berentap iaitu Akim & The Majistret dengan lagu Obses, Khalifah (Hang Pi Mana) dan Projektor Band (Sudah Ku Tahu).

Siapa yang akan menang? Adakah Akim & The Majistret akan mengulangi kejayaan mereka? Atau mungkin tiada lagi band rock yang akan memenangi AJL?

 ??  ?? SEARCH raih kejayaan gemilang menerusi Isabella.
SEARCH raih kejayaan gemilang menerusi Isabella.
 ??  ?? WINGS ketika di AJL ke-4 pada 1989.
BLACK Rose ‘sumbang’ di AJL 1991.
WINGS ketika di AJL ke-4 pada 1989. BLACK Rose ‘sumbang’ di AJL 1991.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia