Kempen inovasi dua ikon
Dairy Champ tampil
David Arumugam,
Dr Vida untuk perkenal krimer
Dairy Champ mengadakan kempen inovasi kali pertama Dairy Champ, Mesti-lah yang menampilkan Datuk David Arumugam dan Datuk Seri Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida sebagai duta.
Kempen mempromosikan dua produk utama iaitu Dairy Champ Tarik Lebih Buih Krimer Manis dan Dairy Champ Krimer Sejat itu memilih imej wajah dua selebriti terkenal berkenaan untuk diletakkan pada paparan visual dengan gaya tersendiri.
Pemilihan anggota kumpulan Alleycats dan usahawan kosmetik itu sebagai ikon Dairy Champ kerana kedua-duanya mempunyai keunikan dan mampu menjadi inspirasi kepada penggemar susu.
Timbalan Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Etika Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan berkata, kempen Dairy Champ, Mesti-lah adalah kempen unik dengan menampilkan selebriti tersohor bertepatan dengan imej Dairy Champ.
Katanya, penampilan David berambut afro melambangkan ciri krimer manis dengan limpahan buih yang gempak manakala Vida yang gemar memakai koleksi mahkota serta pakaian merah jambu menginspirasikan suasana girang Krimer Sejat.
“Sehubungan itu, kedua-dua selebriti ini menjadi pilihan utama kami yang mencerminkan prestasi dan keutuhan jenama Dairy Champ yang bertapak selama 20 tahun.
“Bermula hari ini (23 Januari), Dairy Champ akan memperluaskan kempen pemasaran yang merangkumi aktiviti penjenamaan, papan iklan, iklan cetak, digital dan televisyen,” katanya melalui satu kenyataan, media.
Menurutnya, pelantikan David dan Vida sebagai duta produk, sekali gus menonjolkan jenama Dairy Champ sebagai pilihan utama dalam melazatkan sajian makanan dan minuman.
Dairy Champ Tarik Lebih Buih Krimer Manis dan Dairy Champ Krimer Sejat boleh didapati di semua rangkaian jualan seluruh negara berserta variasi Krimer sejat dan Krimer Manis yang lain.