Uji stamina di denai berlumpur
aerobik dan joging kerana ia lebih mempercepatkan pembakaran lemak meskipun ketika tidur dan berehat dengan mengikut diet yang betul.
Kata finalis pertandingan World Beauty Fitness and Fashion ini kelebihan wanita yang mengamalkan latihan bebanan adalah membentuk postur badan yang diidamkan dan bukan menjadi sado semata-mata.
Atlet angkat berat wanita Russia, Julia Vins, 19, berkata, dia mula berminat dengan latihan bebanan ketika berusia 12 tahun lagi dan menganggap hasil aktiviti itu menambah keyakinan diri dari segi penampilan.
Kata gadis yang mendapat gelaran ‘Most Beauty Muscle’ dunia ini, selain mengekalkan kejelitaan dan sihat, senaman bebanan juga boleh menguatkan otot serta tulang yang mampu mengalahkan kekuatan lelaki biasa.
“Senaman bebanan membuat kita lebih berasa ceria dan berkeyakinan untuk berjumpa dengan rakan-rakan. Ia bagus kerana daripada minat menjadi hobi, seterusnya kepada kerjaya dan saya tidak akan berhenti.
“Saya juga tidak sangka mendapat peluang untuk menjadi atlet negara saya pada usia 17 tahun dan menjadi tumpuan dunia kerana penampilan saya,”katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi melalui e-mel.
sememangnya mempunyai tarikan pelancongan yang begitu hebat dengan keindahan hutan hujan khatulistiwa yang menarik kehadiran pelancong asing.
Sekiranya dulu, kita sering mengambarkan kehadiran pelancong yang melawat negara ini dengan bercelana pendek dan kamera tergantung di leher, kini situasi itu sudah berubah 360 darjah!
Ekopelancongan Malaysia, kini bukan saja menjadi tarikan kepada pelancong untuk merakam segala keindahan hutan hijau milik kita, tetapi ia sudah berubah menjadi destinasi sukan ekstrem.
Lihat sahaja acara sukan larian, sekitar 10 tahun lalu hanya terdapat aktiviti maraton di jalan raya, tetapi kini ia sudah beralih kepada aktiviti larian denai atau lebih dikenali sebagai ‘trail run’ dalam kalangan pengiatnya.
Syarikat penganjur acara seperti itu juga agresif mengadakannya di pelabagai lokasi yang dilihat sebagai satu industri baru yang mampu mengembangkan ekonomi domestik serta melahirkan lebih banyak usahawan tempatan.
Antaranya, Kembara
Events Sdn Bhd (Kembara Events) dengan kerjasama World of Sports Malaysia Sdn Bhd mengadakan acara larian denai, Columbia X-Cape Run bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang Selangor, baru-baru ini.
Acara itu yang disertai
2,500 peserta turut membabitkan 60 peserta dari luar negara antaranya Kenya, Britain, India, China dan Australia, New Zealand dan Singapura menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10,200 untuk larian sejauh 13 kilometer.
Malah, acara larian itu juga mendapat sokongan tajaan daripada pelbagai syarikat korporat antaranya MYNIC Berhad, Columbia, Lucozade Sport, Garnier dan Perskindol yang memeriahkan lagi cenderahati untuk peserta.
Seawal jam 7 pagi peserta sudah mula bersedia untuk memulakan larian berkenaan yang dimulakan tepat jam
7.30 pagi dan penulis sendiri bersama beberapa rakan media yang lain turut dapat merasa pengalaman menyertai acara berkenaan.
Ketika larian itu bermula, kelihatan juga rakan-rakan peserta yang lain membantu antara satu sama lain ketika melalui jalan licin. Paling menarik sukarelawan di stesen air sentiasa memberikan kata-kata semangat dan ceria menyambut kehadiran peserta.
Laluan trek larian pula sememangnya sukar dijangka kerana kadang-kala jalannya mendatar, berbukit, curam dan paling menarik perlu melalui kawasan berlumpur atau becak yang cukup menguji ketahan ketika berlari.
Pengurus Acara Kembara Events, Mohd Afnal Rosli berkata, sepanjang 2016 pihaknya menganjurkan atau menguruskan sekitar enam acara larian termasuk larian denai di beberapa lokasi di Lembah Klang dan ia mendapat sambutan yang positif daripada peserta.
Beliau berkata, acara larian denai mula mendapat sambutan sejak 2015 apabila pengiat larian maraton mula mencari kelainan dalam disiplin larian mereka untuk menguji kemampuan berlari di kawasan denai yang lebih mencabar dan sukar dijangka keadaan laluannya.
“Sekitar tahun 2010, acara larian denai ini sudah mula dianjurkan oleh penganjur acara larian seperti kami, tetapi ketika itu untuk mendapatkan
1,000 peserta sememangnya sukar berbanding pada hari ini, jika penyertaan dibuka kadangkala ada yang tidak dapat menyertainya kerana kuota peserta sudah penuh.
“Bagi menganjurkan acara larian denai, kita perlu mengambil kira kemampuan kapasiti orang yang boleh melalui sesuatu kawasan denai kerana sebagai penganjur kami tidak mahu merosakkan kawasan hutan yang menjadi lokasi trek larian ini,” katanya.