Tangani jenayah melalui kejiranan selamat
Kuala Lumpur: Kerjasama antara kerajaan dan masyarakat melalui inisiatif bandar atau kejiranan selamat perlu dibentuk dalam pencegahan jenayah selaras usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadikan Malaysia negara selamat dan sejahtera.
Naib Presiden Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, dalam konteks Malaysia, ia mewa- kili kerjasama menangani je- nayah menerusi reka bentuk persekitaran, pembangunan komuniti dan pendidikan.
“Bandar raya atau kejiranan selamat bermaksud bebas daripada jenayah atau ketakutan terhadap jenayah.
“Terma ini digunakan untuk inisiatif yang sama di negara maju,” katanya.
Beliau berkata, kerjasama rapat antara agensi penguat kuasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat, syarikat perniagaan serta orang ramai mampu menyelesaikan jenayah dan meningkatkan kepercayaan terhadap polis.
“Sejak ditubuhkan, MCPF sudah mempromosi inisiatif itu sebagai pendekatan kepolisan masyarakat terbaik.
“Ia adalah idea MCPF un- tuk mewujudkan persekitaran hidup selamat dengan mengurangkan kemungkinan berlakunya jenayah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, semua pihak perlu bekerjasama termasuk perancang dan arkitek bandar yang merancang reka bentuk sehinggalah ke pemaju yang membangunkan, kakitangan awam yang menguruskan dan mereka yang menghuni bandar berkenaan.
“Di bawah konsep Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran atau CPTED, reka bentuk sesuai dan penggunaan efektif persekitaran fizikal mampu mengurangkan jenayah serta meningkatkan kualiti kehidupan,” katanya.