BANTU JANA RM4,500 SEBULAN
Bioeconomy Corp sasar 400 petani sertai program BCDP beri manfaat tambah pendapatan
Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) menyasarkan antara 300 hingga 400 petani tempatan dapat menyertai Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) tahun Kuala Lumpur: Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan terus menjadikan agenda meningkatkan taraf sosioekonomi seramai 112,635 penerokanya sebagai keutamaan.
Itu seharusnya menjadi panduan dalam semua operasinya, urus niaga korporat dan usaha akan datang bagi pengeluar minyak sawit terbesar dunia itu.
Apabila FELDA ditubuhkan 60 tahun yang lalu, matlamatnya membasmi kemiskinan melalui penanaman sawit dan getah.
FELDA berkembang pesat kepada syarikat perniagaan tani global dan menyenaraikan syarikat perladangan ketiga terbesar di dunia mengikut keluasan tanaman, FELDA Global Ventures Holdings Bhd ini dalam usaha menggalakkan penyertaan rakyat dalam sektor bioekonomi terutama di luar bandar.
Setakat tahun lalu, BCDP membangunkan 25 projek memberi manfaat kepada 350 petani tempatan yang juga menjadi sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Syed Agil Syed Hashim berkata, program itu bukan saja membantu menjana pendapatan tambahan disasarkan RM4,500 sebulan kepada setiap petani, malah memberi peluang kepada mereka mendapatkan pengetahuan dalam bidang bioteknologi untuk pembangunan projek pertanian dilaksanakan.
Beliau berkata, pada tahun ini, Bioeconomy Corp bercadang meluaskan lagi projek BCDP ke beberapa negeri, antaranya Sabah, Kedah dan Perak dalam pelbagai bidang pertanian diusahakan petani tempatan.
“BCDP membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuk pihak berkusa tempatan, koridor ekonomi dan syarikat Bionexus sendiri yang menjadi pembeli terus hasil tanaman diusahakan petani.
“Tujuan BCDB itu untuk membolehkan petani yang mengusahakan tanaman bernilai tinggi dapat menjual terus kepada syarikat Bionexus tanpa membabitkan orang tengah, sekali gus membantu mereka menjana pendapatan lebih baik,” katanya kepada Bisnes Metro.
Sehingga Disember 2016, Bioeconomy Corp membantu 278 syarikat berstatus BioNexus dan 53 daripadanya bertindak sebagai syarikat utama dalam Program Transformasi Bioekonomi Bioeconomy Corp yang menumpukan kepada projek pembangunan berasaskan bio yang mampan.
Syed Agil berkata, setakat akhir 2016, 53 syarikat berstatus BioNexus menjana RM555 juta perolehan dan mencatatkan RM532 juta nilai pelaburan direalisasikan.
Beliau berkata, meskipun keadaan ekonomi ketika ini berdepan cabaran, namun pihaknya tidak melihat ia memberi kesan besar kepada prestasi tarikan pelaburan langsung dalam bidang bioteknologi dengan meletakkan sasaran RM2 bilion pada tahun ini.
“Dari segi sasaran mengkomersialkan produk, kami berhasrat menyumbang sepuluh produk pada tahun ini berbanding 11 pada tahun lalu dalam usaha menyokong Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mencapai 360 produk baru berdaya saing di peringkat global untuk pengkomersialan menjelang 2020,” katanya.