Harian Metro

‘Saya tak gentar dah’

„ Emosi Nasrul Faiz kian tenang selepas ramai pihak bela nasib

- Fardy Bungga dan Mohd Hanafis Abd Haris am@hmetro.com.my

“Selepas terima sokongan ramai rakyat Malaysia, saya semakin berani dan tidak gentar biarpun pada gengster. Saya tahu semua rakyat Malaysia bersama saya,” kata Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, mangsa yang dibelasah sekumpulan lelaki di Bukit Antarabang­sa, 14 Januari lalu.

Dia mendakwa kini semakin tenang dan emosinya juga kian stabil selepas ramai pihak mahu membela nasibnya.

“Jika sebelum ini saya dihantui dengan ugutan daripada pihak tertentu, kini saya rasa lebih selamat,” katanya.

Bagaimanap­un, dia tetap mengambil langkah berjaga-jaga meminta rakan baik untuk menemaniny­a setiap kali keluar rumah.

“Memang semangat saya semakin pulih dan tidak gentar. Namun kalau pergi mana-mana, saya tetap akan bawa kawan baik,” katanya.

Ditanya berhubung bantuan disalurkan beberapa pihak tertentu termasuk guaman, Nasrul berkata, dia menerima dengan hati terbuka sekiranya bantuan terbabit memberi kesan baik kepada dirinya.

“Saya tahu ramai yang menyokong dan saya ucap ribuan terima kasih. Malah, semalam (kelmarin) ramai pemandu lori termasuk dari Kelantan sanggup turun ke ibu kota bagi menyokong saya.

“Saya sangat bersyukur kerana sokongan ini banyak memberi keyakinan untuk saya bangkit kembali menjalani kerja harian,” katanya. Menurut Nasrul, selain itu ibu bapanya turut gembira melihat keadaannya yang semakin pulih daripada kecederaan tempoh hari.

“Mak dan ayah turut gembira kerana saya mendapat pembelaan dan perhatian banyak pihak. Mereka bersyukur apabila melihat saya kembali bekerja hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 ??  ?? NASRUL Faiz cedera dipukul pengawal peribadi seorang individu di Bukit Antarabang­sa, 14 Januari lalu.
NASRUL Faiz cedera dipukul pengawal peribadi seorang individu di Bukit Antarabang­sa, 14 Januari lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia