Harian Metro

Dasar perompak berlesen

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my Pelabuhan Klang

„ 15 anggota penguat kuasa nyaris pengsan terhidu gas amonia kilang curi air RM7.2j

Seramai 15 anggota penguat kuasa nyaris pengsan ketika melakukan operasi di sebuah kilang sarung tangan getah berikutan terhidu gas amonia.

Operasi dilakukan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) berikutan aduan penyambung­an haram dilakukan kilang berkenaan.

Bagaimanap­un, kejadian itu tidak mematahkan semangat penguat kuasa apabila terus melakukan operasi dengan memakai penutup muka di kilang terletak di Lingkaran Sultan Hishamuddi­n, di sini, petang semalam.

Dalam serbuan itu, kilang yang beroperasi lebih 25 tahun berkenaan didapati mencuri kira-kira 1.2 juta meter padu (m3) air atau bersamaan kerugian kira-kira RM2.7 juta.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lim Abdullah berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya membuat risikan selama empat bulan.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati terdapat satu sambungan bekalan air secara tidak sah yang dibuat secara terus tanpa melalui tetiang meter sepanjang 20 meter di bawah tanah.

“Syarikat berkenaan hanya membayar RM4,000 sebulan yang tidak memadai dengan saiz kilang serta jumlah 800 pekerja di asrama yang tinggal di situ,” katanya ditemui selepas operasi itu, semalam.

Menurutnya, notis pemberitah­uan kesalahan dan tindakan penguatkua­saan dikeluarka­n oleh Air Selangor untuk tuntutan ganti rugi kehilangan air yang digunakan secara tidak sah.

“Seterusnya, tindakan undang-undang di bawah Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 (Akta 655) akan diambil oleh SPAN sebagai badan kawal selia,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Kanan Unit Komunikasi Korporat SPAN Loh Pit Mui berkata, premis berkenaan mempunyai akaun berdaftar namun masih terdapat sambungan bekalan air yang dilakukan secara haram.

“Sambungan haram yang dibuat tanpa meter air ini diambil daripada sambungan yang dipercayai digunakan operasi kilang serta menampung pekerja yang tinggal di asrama kilang itu.

“Ujian klorin yang dijalankan di tapak mengesahka­n bahawa bekalan air yang disalurkan di premis itu adalah air terawat.

“SPAN akan menjalanka­n siasatan lanjut mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmat­an Air,” katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan syarikat itu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

 ?? FOTO:
ROSLIN MAT TAHIR ?? AMIN (kanan) dan Loh melihat paip air yang disambung secara haram dalam operasi di sebuah kilang di Lingkaran Sultan Hishamuddi­n, semalam.
FOTO: ROSLIN MAT TAHIR AMIN (kanan) dan Loh melihat paip air yang disambung secara haram dalam operasi di sebuah kilang di Lingkaran Sultan Hishamuddi­n, semalam.
 ??  ?? SAMBUNGAN haram tanpa melalui meter.
SAMBUNGAN haram tanpa melalui meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia