Harian Metro

Polis siasat elemen dendam terhadap bekas majikan

-

Bangi: Unsur dendam dan khianat juga satu daripada elemen siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa berkaitan kes tiga kanak-kanak diikat kaki, tangan dan mulut dengan kain putih dalam kejadian di sebuah taska, di sini hingga tular di media sosial.

Menurut sumber, selain premis taska berkenaan tidak berlesen, pihaknya juga meneliti aspek khianat dalam kes berkenaan.

Semakan pegawai JKM terhadap pengadu kes berkenaan mendapati mereka adalah individu sama yang menyebarka­n kejadian itu dalam media sosial.

“Malah, pengadu adalah seorang daripada dua pekerja taska yang diberhenti­kan atas sebab kecuaian. Jadi, mungkin ada unsur khianat dalam kes ini. Apapun ia masih dalam siasatan kita,” katanya.

Katanya, JKM tidak menolak kemungkina­n mereka yang diberhenti­kan itu berdendam dengan bekas majikan.

“Siasatan mendapati kedua-dua bekas pekerja berusia 20-an itu hanya bekerja di taska berkenaan dalam tempoh empat dan lima hari saja,” katanya yang mengesahka­n pengadu membuat aduan kepada JKM pada 16 Januari lalu.

Dalam perkembang­an sama, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 27 Disember tahun lalu oleh seorang bekas pekerja taska terbabit.

“Laporan polis hanya dibuat bekas pekerja itu pada 19 Januari lalu selepas pengadu mengaku menyebarka­n gambar berkenaan.

“Selain itu, pemeriksaa­n terhadap tiga kanak-kanak yang diikat itu mendapati tiada kecederaan fizikal terhadap mereka dan polis merakam percakapan lapan individu termasuk ibu bapa kanak-kanak terbabit,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro Jumaat lalu.
LAPORAN Harian Metro Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia