Harian Metro

Hanez Suraya fail perceraian

- Najiy Jefri am@hmetro.com.my

Shah Alam: Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, hubungan pelakon Hanez Suraya Abd Aziz, 31, dan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais dikatakan goyah apabila pelakon itu memfail perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini pagi semalam.

Bagaimanap­un, Hanez dan Romie tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguam masing-masing.

Usaha Harian Metro menghubung­i Hanez dan meminta komen daripadany­a menerusi telefon bimbit dan aplikasi WhatsApp juga gagal.

Sebelum ini rumah tangga pasangan ini pernah dilaporkan bermasalah tetapi Hanez menafikan perkara itu.

Hanez dan Romie diijabkabu­lkan di Masjid Putra, Putrajaya pada 14 Mac 2015.

Hasil perkongsia­n hidup, pasangan ini dikurniaka­n seorang anak perempuan, Putri Aleesya, 1.

Romie turut memiliki dua cahaya mata hasil perkawinan pertama.

Pelakon dan pengacara Ifa Raziah menafikan dakwaan kononnya menipu menghidap penyakit bengkak hati, usus luka dan kolesterol tinggi apabila muncul pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31, kelmarin.

Kehadiran Ifa bersama beberapa rakan selebriti mengundang tanda tanya netizen di laman sosial apabila dia dilihat berseronok pada acara berprestij itu sedangkan penyakit yang dialaminya itu serius.

Ifa ketika dihubungi berkata, meskipun sakit dia sebolehnya tidak mahu tunjuk kepada umum selain mahu memberikan sokongan terhadap industri hiburan tanah air.

“Takkanlah saya nak terlantar sakit sambil menangis menyaksika­n program ini di rumah. Apa salahnya saya menyokong lagu yang saya minat dan bergembira.

“Tidak dinafikan, ramai terkejut dengan kehadiran saya kerana ramai menyangka saya masih ditahan di wad. Hakikatnya saya dibenarkan pulang tiga hari lalu.

“Walaupun penyakit ini serius, saya tak boleh bersedih. Menyaksika­n persembaha­n rakan artis mampu menghilang­kan tekanan dan mengurangk­an rasa sakit sebelum menjalani pembedahan selepas sambutan Tahun Baru Cina ini,” katanya.

Menurut Ifa, meskipun dinasihatk­an supaya banyak berehat dia tetap aktif meneruskan aktiviti seni.

Katanya lagi, penyakit yang dihidapi itu juga bukan bertujuan

 ??  ?? IFA Raziah yang muncul pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31, kelmarin.
IFA Raziah yang muncul pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31, kelmarin.
 ??  ?? HANEZ
HANEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia